Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Mummy Filem Gagal Menyerlah Di Negara Sendiri

Filem Dark Universe pertama Universal, The Mummy secara rasminya dianggap sebagai sebuah filem “Blockbuster bom” kerana gagal mencapai kutipan yang diharapkan. Mujur pasaran antarabangsa berjaya mengelakkan filem ini dari terus rugi.

Menurut laporan Variety, filem ini hanya mampu mengutip $30 juta dipasaran domestik selepas seminggu ditayangkan tetapi pasaran antarabangsa memberikan sedikit nafas kepada The Mummy apabila berjaya mengaut sebanyak $141.8 juta dengan pasaran di China memberikan pulangan sebanyak $52.2 juta.


Dari kedua-dua jumlah tersebut, ia berjaya mengumpul sebanyak $174 juta USD. Bagaimanapun, kutipan minggu pertama ini adalah kutipan terbesar yang diperolehi oleh filem yang dilakonkan oleh Tom Cruise dan jika diambil kira dari kos pembikinan sebanyak $125juta, sekurang-kurangnya ia berjaya mengembalikan modal pembikinan dengan sedikit keuntungan.

Filem The Mummy telah mendapat rating yang agak teruk di laman Rottentomatoes dengan hanya mendapat 17% dan gagal menyaingi filem asal lakonan Brendan Fraser dan Rachel Weisz yang mana berjaya mengutip $43 juta diminggu pembukaan serta mendapat pencalonan dalam anugerah Academy.

Malah jika dibandingkan dengan filem spin off Scorpion King dan Tomb of the Dragon Emperor lakonan Jet Li, filem tersebut lebih sukses dari segi kutipan minggu pertama.

The Mummy kini sedang dalam tayangan di pawagam-pawagam tanah air.

Related posts

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Leave a Comment