Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Mummy Cemerlang Di Pasaran Antarabangsa, Pirates of the Caribbean Lepasi Angka $500 Juta

Walaupun mendapat kritikan yang kurang memberangsangkan dan tidak popular di negara sendiri, The Mummy terus cemerlang dipasaran antarabangsa apabila menghampiri kutipan tiket sebanyak $300 juta dollar.

Filem pertama Dark Universe dari Universal itu dan dibintangi oleh Tom Cruise hanya mampu mengaut  $32.3 juta dollar sahaja semasa diminggu pembukaan, tetapi pasaran antarabangsa menyelamatkan filem tersebut dari terus flop apabila menambah lagi $53 juta dollar dipasaran antarabangsa untuk minggu kedua dan seterusnya mengumpul sebanyak $239 juta dollar untuk pasaran antarabangsa sahaja ( jumlah $295.6 juta jika dicampurkan dengan pasaran domestik)

Sementara itu, Wonder Women masih gagah mengutip kutipan tiket apabila mengumpul sebanyak $39.5 juta menjadikan jumlah sebanyak $571.8 juta. Despicable Me 3 pula mengumpul $10 juta untuk pasaran antarabangsa (belum ditayangkan di US) manakala Car 3 $21.3juta termasuk dari kutipan di beberapa negara seperti Rusia dan Mexico.

Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No pula mengumpul $18.8 juta dan menghampiri angka $500 juta dalam kutipan tiket filem berkenaan.

Related posts

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee

Spider-Man: No Way Home: Andrew Garfield Tidak Menerima Panggilan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK!

Kakimuvee

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Akan Dilancarkan Di Malaysia 1 Jun Ini!

Kakimuvee

[VIDEO] “Black Panther 2” & “Captain Marvel 2” Dapat Tajuk Rasmi, Rakaman Pertama “Eternals” Telah Didedahkan

Kakimuvee