Berita

MULAN Menjadi Filem Live Action Pertama Disney Yang Diberi Rating PG-13 Oleh MPAA

Views

Mulan kini menjadi filem live action remake pertama Disney yang diberi penarafan rating PG-13 dari “Motion Picture Association of America”.

Jika dilihat dari trailer, filem arahan Niki Caro ini nampak berbeza dari versi animasi yang mana menjadi sumber inspirasi utama filem Mulan. Tanpa sebarang lagu, tiada ‘sidekick’ naga dan lebih kepada tone serius yang hampir mirip seperti Lawrence of Arabia arahan David Lean atau Seven Samurai arahan Akira Kurosawa, filem live action kali ini lebih epik dari kebiasaan Disney.

Walaupun kita mungkin tidak mengharapkan adegan pertempuran yang terlalu sengit untuk penonton yang lebih muda, rating yang diberikan mungkin mempunyai “urutan babak yang menampilkan keganasan”, cukup untuk menjamin penarafan rating yang lebih kuat.

Filem-filem ‘live action’ Disney kebiasaanya mendapat penarafan rating G (General – Umum) dari MPAA.

Diadaptasi dari filem animasi berjudul sama yang diterbitkan Disney pada 1998, Mulan berdasarkan legenda masyarakat China iaitu Hua Mulan, dimana dia menyamar sebagai seorang lelaki bagi menggantikan tempat ayahnya yang sudah tua – untuk berkhidmat dalam pasukan tentera China dan membawa penghormatan kepada keluarganya.

BACA:  Ryan Reynolds Akan Mengulangi Peranan Green Lantern Dalam Filem JUSTICE LEAGUE Versi Zack Snyder?

Dibintangi Yifei Liu yang memainkan peranan utama sebagai Hua Mulan, dia akan dibantu beberapa pelakon lain antaranya Gong Li, Donnie Yen, Jet Li, Jason Scott Lee, Yoson An, Jimmy Wong, Doua Moua, Ron Yuan, Utkarsh Ambudkar, Xana Tang, dan Chum Ehelepola.

Lakonlayar ditulis oleh Elizabeth Martin, Lauren Hynek, Rick Jaffa dan Amanda Silver, dan diterbitkan Walt Disney Pictures. Mulan bakal menemui penonton mulai 27 Mac 2020.

Tinggalkan Balasan

shares