Berita

Mulan Akan Ditayangkan Di Disney+ Dengan Harga Premium

Views

Nampaknya, filem aksi langsung Mulan akan ditayangkan terus di Disney+ pada 4 September ini dengan harga tambahan dari kadar langganan. Pengumuman tersebut dibuat Ketua Pegawai Eksekutif Disney Bob Chapek baru-baru ini.

Peminat filem Mulan perlu membayar sebanyak AS$ 30 (RM125) untuk menonton filem adaptasi animasi itu di saluran Disney+. Tetapi kos penstriman sedikit berbeza di negara lain termasuk, Kanada, Australia, New Zealand dan di bahagian Eropah Barat.

Mulan sepatutnya ditayangkan Mac yang lalu, tetapi ditunda beberapa kali akibat pandemik COVID-19 yang menyaksikan sebilangan besar pawagam di seluruh dunia terpaksa ditutup.

Diadaptasi dari filem animasi berjudul sama yang diterbitkan Disney pada 1998, Mulan berdasarkan legenda masyarakat China iaitu Hua Mulan, dimana dia menyamar sebagai seorang lelaki bagi menggantikan tempat ayahnya yang sudah tua – untuk berkhidmat dalam pasukan tentera China dan membawa penghormatan kepada keluarganya.

Mulan dibintangi Yifei Liu yang memainkan peranan utama sebagai Hua Mulan, serta beberapa pelakon lain antaranya Gong Li, Donnie Yen, Jet Li, Jason Scott Lee, Yoson An, Jimmy Wong, Doua Moua, Ron Yuan, Utkarsh Ambudkar, Xana Tang, dan Chum Ehelepola.

Lakonlayar filem ini ditulis oleh Elizabeth Martin, Lauren Hynek, Rick Jaffa dan Amanda Silver, dan diterbitkan Walt Disney Pictures.

Disney+ memiliki 60.5 juta pelanggan diseluruh dunia.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks