Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

MUBI Umum Tayangan Platform Eksklusif Global “This Much I Know To Be True” Karya Andrew Dominik Mulai 8 Julai 2022


SIARAN MEDIA

MUBI, distributor dan servis strim filem global berkurasi dengan bangga mengumumkan filem yang mendapat pujian serata dunia This Much I Know To Be True karya Andrew Dominik (Chopper, The Assassination of Jesse James by the Coward Robert Ford, Blonde)  This Much I Know To Be True akan distrim secara eksklusif di MUBI secara global* mulai 8 Julai 2022, setelah mendapat tayangan perdananya di Festival Filem Berlin dan tayangan sinema global satu malam sahaja pada bulan Mei lalu. 

Dirakam di London & Brighton, This Much I Know To Be True  berjaya menampilkan hubungan kreatif yang luarbiasa antara  Nick Cave dan Warren Ellis sewaktu mereka memberi kehidupan kepada lagu-lagu daripada dua album studio terakhir, ‘Ghosteen’ (Nick Cave & The Bad Seeds) dan ‘Carnage’ (Nick Cave & Warren Ellis). 

Dokumentari yang membawakan persembahan pertama mereka menerusi album-album ini, difilemkan pada musim bunga 2021 sebelum lawatan mereka ke UK, kita melihatkan mereka berdua, ditemani penyanyi dan string quartet, menghidupkan setiap lagu. Filem ini juga membawakan penampilan istimewa teman rapat dan kolaborator, Marianne Faithfull. 

This Much I Know To Be True mendalami persahabatan dan hubungan personal antara Nick Cave dan Warren Ellis, sekilas terlihat dokumentari-pseudo Cave tahun 2014, 20,000 Days on Earth. Filem ini bukti sebuah momen perjalanan yang signifikan oleh Nick Cave dan Warren Ellis, menangkap perasaan dan semangat pasangan ini selama mereka menempuh fasa baru yang lebih optimistik. 


Dirakam dengan warna oleh Andrew Dominik dan sinematografi oleh Robbie Ryan (The Favourite, Marriage Story) This Much I Know To Be True merupakan karya peneman kepada filem Dominik tahun 2016, One More Time with Feeling, yang ditayangkan di Festival Filem Venice. 

  • Sebuah Filem Bad Seed Ltd diterbitkan oleh Uncommon Creative Studios   
  • Diarahkan oleh Andrew Dominik   
  • Dibintangi oleh Nick Cave & Warren Ellis   
  • Menampilkan Marianne Faithfull   
  • Penerbit Eksekutif  Charlie Gatsky Sinclair  Brian Message   Beth Clayton   
  • Penerbit   Amy James   Isaac Hoff   
  • Pengarah Fotografi  Robbie Ryan 
  • Penyunting   Matthew C. Hart   
  • Reka Bentuk Pencahayaan  Chris Scott   Andrew Dominik 
  • Penulisan dan Persembahan Muzik oleh  Nick Cave & Warren Ellis

Dokumentari 2016 Andrew Dominik, One More Time With Feeling, yang mendokumenkan rakaman album Nick Cave & The Bad Seeds ‘Skeleton Tree’, akan tiba di MUBI pada 6 Ogos 2022. 

“THIS MUCH I KNOW TO BE TRUE” BOLEH DISTRIM SECARA EKSKLUSIF DI MUBI MULAI 8 JULAI 2022, MANAKALA “ONE MORE TIME WITH FEELING” MULAI 6 OGOS 2022


Related posts

MUBI Partners with Martin Scorsese’s The Film Foundation

Zulaikha

Mubi Umumkan Tayangan Digital Eksklusif ‘Voyage Of Time: An IMAX Documentary’ Daripada Terrence Malick Yang Disuarakan Oleh Brad Pitt

Kakimuvee

8 Filem Korea Pelbagai Genre Yang Boleh Tonton Di Mubi

Natasha

8 Filem Seram Yang Mempunyai Plot Twist Yang Tidak Dijangka

Natasha

6 Filem Terbaik Korea Lebih Sedekad Yang Lalu

Natasha

Review Filem: Mencari Rahmat (2017)

Kakimuvee