Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Muat Naik Podcast & Menang Wang Tunai RM1000 Dalam Peraduan ‘Anugerah Podcast SYOK Edisi Merdeka’

Pada Hari Kebangsaan ini, SYOK mempelawa semua pencipta podcast di Malaysia untuk memuat naik podcast dan berpeluang membawa pulang wang tunai RM1000 berserta sebuah trofi dalam peraduan ‘Anugerah Podcast SYOK Edisi Merdeka’, dari sekarang hingga 5 September 2021, menerusi aplikasi dan laman rasmi SYOK.

Peserta perlu memuat naik podcast dengan topik berkaitan ‘Apa yang menarik tentang Malaysia’ dalam sama ada bahasa Melayu, Inggeris, Cina atau Tamil, dan podcast tersebut boleh dirakamkan dalam pelbagai format termasuk perbualan, monolog, temu bual dan lain-lain.


 Untuk sertai: 

  • Layari laman peraduan ‘Anugerah Podcast SYOK Edisi Merdeka’ di aplikasi atau laman rasmi SYOK.
  • Pilih bahasa untuk podcast yang telah dirakamkan.
  • Lengkapkan borang peraduan dan isi maklumat berkaitan podcast beserta keterangan yang diperlukan. 
  • Muat naik rakaman podcast yang berdurasi antara 15 hingga 35 minit dalam format yang dikehendaki, kemudian tekan ‘Hantar’.

Podcast-podcast yang disenarai pendek akan disediakan di plaform SYOK untuk distrim oleh para pendengar. Podcast yang menerima jumlah pendengar tertinggi dari setiap kategori bahasa berpeluang untuk menang. 

Untuk maklumat lanjut, layari anugerahpodcastyok.com atau muat turun aplikasi SYOK. 

Related posts

Saksikan Ash & Aish di Saluran Astro Ria Pada Setiap Isnin Hingga Khamis, 10 Malam

Zulaikha

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

“Ejen Ali” Musim 3 Bahagian Kedua Akan Dilancarkan Secara Eksklusif di Disney+ Hotstar Disember Ini

Kakimuvee

Trailer & Poster Rasmi ABANG LONG FADIL 3 Telah Dilancarkan!

Kakimuvee

Air Tiada, “Kalut Nak Kahwin” – Akan Datang 4 Ogos Ini Di Astro First

Kakimuvee

KERJASAMA EKSKLUSIF ANTARA SUKE TV DAN iQIYI SAJIKAN RANCANGAN TEMPATAN BUAT PENONTON ANTARABANGSA

Kakimuvee

Leave a Comment