Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Baru sahaja ditayangkan di pawagam, filem Mat Kilau telah menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Menerusi media sosial Instagram, pengarah Syamsul Yusof memberi amaran kepada individu yang sengaja memuatnaik secara haram klip filem Mat Kilau di TikTok atau mana-mana platform media sosial yang lain. Ini berikutan terdapat segelintir pengguna media sosial yang telah memuatnaik secara haram beberapa klip video dari filem berkenaan di TikTok.


Menurut Syamsul lagi, mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang berdegil dan enggan memadam sebarang klip filem yang telah dimuatnaik.

Pengarah itu juga turut menzahirkan rasa kecewa terhadap individu yang masih tidak peka dengan kepentingan harta intelek dan cetak rompak. 

“Abg & team Mat Kilau ingin meraikan saat ini dikala sambutan filem sangat luar biasa, setelah kami berpenat lelah menghasilkannya..

Bukannya ke balai polis & turun naik mahkamah..ntahla, jalan terus. #matkilau

Ini bukan kali pertama Syamsul Yusof memberi amaran dan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang memuatnaik filemnya secara haram di media sosial. 

Pada 2018, pengarah itu dan syarikat penerbitan Skop Production telah mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang telah memuatnaik dan menyebar filem Munafik 2 di media sosial.

Mat Kilau, yang kini sedang ditayangkan di pawagam, mengisah seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, bangkit menentang penjajahan British.

Filem epik sejarah tempatan ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra ,mengalas tanggungjawab sebagai pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau, Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang), Johan As’ari (Yassin), aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga dan ramai lagi. 

Related posts

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Chad Stahelski Mahu Filem “Ghost of Tsushima” Dibuat Dalam Bahasa Jepun

Kakimuvee

Leave a Comment