Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Ms. Marvel Telah Memulakan Penggambaran


Penggambaran siri Disney+ Ms. Marvel telahpun bermula di Atlanta, Georgia, lapor Discussing Film. Selain itu juga, sinematografer Narcos, Carmen Cabana telah dipilih menjadi sinematografer rasmi untuk siri yang dinantikan ini.

Pelakon remaja Kanada, Iman Vellani akan memainkan watak utama sebagai Kamala Khan / Ms. Marvel. Siri MCU Disney+ ini akan diarahkan oleh Adil El Arbai dan Bilall Fallah (Bad Boy for Life) serta Sharmeen Obaid-Chinoy dan Meera Menon.

Obaid-Chinoy dikenali menerusi dokumentari A Girl in the River: The Price of Forgiveness dan Saving Face, manakala Menon terkenal dengan beberapa siri televisyen termasuklah You, For All Mankind dan The Punisher.

Kamala Khan pertama kali diperkenalkan dalam komik Captain Marvel #14 yang diterbitkan pada 2013. Gadis berketurunan Pakistan-Amerika ini telah terdedah dengan ‘Terrigen Mists ‘ dan memberikan abiliti untuk berubah bentuk. Dia bukan sahaja mampu merengangkan anggota bandanya untuk menjadi panjang dan lebar, tetapi dia juga mampu untuk mengecil dan membesar dengan saiz yang luar biasa.

Diinspirasikan oleh Carol Danvers, Khan pernah dinaikkan pangkat menjadi Captain Marvel, dan mengambil keputusan untuk menggunakan moniker Ms. Marvel dalam menentang jenayah dan melakukan kebaikan.



Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee