
Dua episod pertama Ms. Marvel kini distrim di Disney+ Hotstar, dan siri terbaru MCU itu berjaya mendapat sambutan hangat di kalangan pengkritik dengan memperoleh rating hampir sempurna Rotten Tomatoes iaitu sebanyak 95%.
Walaupun siri itu mendapat skor Rotten Tomatoes tertinggi berbanding mana-mana rancangan Marvel Studios/Disney+, penampilan aksi langsung sulung Kamala Khan nampak tidak begitu menarik perhatian pelanggan di AS.
Menurut data Samba TV, hanya 775 ribu isi rumah AS menonton tayangan perdana Ms. Marvel sepanjang lima hari pertamanya di Disney+. Mereka menyatakan bahawa episod pertama mendapat sambutan hangat dikalangan “Gen Z,” dengan penonton berumur 20-24 menonton “pada kadar tertinggi berbanding mana-mana rancangan MCU, dan ia juga menarik penonton yang lebih pelbagai dengan isi rumah Kulit Hitam, Hispanik dan Asia menonton di kadar yang lebih tinggi.”
Sebagai perbandingan, berikut adalah jumlah tontonan pada tayangan perdana sepanjang lima hari pertama untuk rancangan Marvel yang lain:
- WandaVision: 1.6 juta
- The Falcon and the Winter Soldier: 1.8 juta
- Loki: 2.5 juta
- Hawkeye: 1.5 juta
- Moon Knight: 1.8 juta
775k US households watched the premiere of #MsMarvel. While less than other MCU series, it was a hit with #GenZ. Viewers age 20-24 watched at the highest rate of any MCU show, and it drew a more diverse audience with Black, Hispanic and Asian households watching at a higher rate. pic.twitter.com/Ugcvu7een8
— Samba TV (@samba_tv) June 17, 2022
“Ms. Marvel ialah siri baharu dan asli yang memperkenalkan Kamala Khan, seorang remaja Muslim Amerika yang membesar di Jersey City,” menurut sinopsis yang dikemas kini.
“Seorang pengemar permainan video dan penulis fiksyen yang rakus, Kamala adalah peminat besar Super Hero dengan imaginasi yang terlampau besar – terutamanya terhadap Captain Marvel. Namun Kamala berasa dia seperti tidak sesuai berada di sekolah dan kadangkala di rumah – sehinggalah, dia mendapat kuasa super seperti wira yang disanjunginya. Kehidupan menjadi lebih baik dengan kuasa hebat, bukan?”
Iman Vellani membawa watak utama sebagai Kamala Khan aka Ms. Marvel, dan dia turut disertai Aramis Knight, Saagar Shaikh, Rish Shah, Zenobia Shroff, Mohan Kapur, Matt Lintz, Yasmeen Fletcher, Laith Nakli, Azhar Usman, Travina Springer, dan Nimra Bucha.