Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Mr. Queen,” “The Uncanny Counter,” & “Homemade Love Story” Cipta Rekod Peribadi

Ketiga-tiga drama, Mr. Queen, The Uncanny Counter dan Homemade Love Story, telah mencipta rekod peribadi.

Pada 10 Januari, drama hit tvN Mr. Queen terus menambat hati penonton dengan ratingnya mencapai tahap tertinggi setakat ini. Menurut Nielsen Korea, episod terbaru drama sejarah fantasi-komedi itu telah mencapai purata rating sebanyak 12.8 peratus dan kemuncaknya sebanyak 14.3 peratus, sekaligus mencipta rekod peribadi.

Selain itu, drama ini berjaya meneruskan rentaknya untuk menguasai tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran, termasuk rangkaian siaran awam.

Sementara itu, The Uncanny Counter turut mencapai tahap tertinggi yang pernah dicapai mana-mana drama OCN. Episod terbaru drama superhero itu berjaya mendapat purata skor sebanyak 10.6 peratus, sekaligus mencipta rekod baru untuk drama tersebut, dan juga rekod untuk rangkaian OCN.

Akhir sekali, drama hit KBS 2TV, Homemade Love Story berjaya mencapai rating tertinggi sepanjang siarannya. Episod terbaru drama hari minggu popular itu berjaya mendapat purata rating sebanyak 29.9 peratus dan 33.6 peratus untuk dua bahagiannya.

Sumber: Soompi

Related posts

“Taxi Driver” Bermula Baik, Rating “Beyond Evil” Meningkat Menjelang Episod Akhir

Zulaikha

Kim Ok Bin & Lee Joon Hyuk Berjuang Untuk Bertahan Melawan Naluri Terburuk Manusia Dalam Trailer Terbaru “Dark Hole”

Zulaikha

5 REASONS TO WATCH KOREAN NOIR FILM NIGHT IN PARADISE

Zulaikha

“Sisyphus: The Myth” Berakhir Suram, “Mouse” Kekal Mendahului

Zulaikha

Seo Ye Ji Bimbang Suaminya Kim Kang Woo Adalah Pembunuh Dalam Gambar Terbaru “Recalled”

Zulaikha

10 OF SONG JOONG-KI’S SEXIEST VINCENZO MOMENTS

Zulaikha