Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Mr. Queen” & Shin Hye Sun Terus Kuasai Senarai Mingguan Drama & Pelakon Paling Popular

Drama tvN Mr. Queen dan bintang utamanya, Shin Hye Sun terus menguasai kedudukan teratas dalam senarai minggu drama dan pelakon paling popular.

Good Data Corporation telah berkongsi kedudukan drama dan para pelakon yang menghasilkan paling banyak berita untuk minggu pertama Februari, dari 1 hingga 7 Februari. Senarai ini disusun dari menganalisis artikel berita, catatan blog, komuniti dalam talian, video, dan catatan media sosial mengenai 24 drama yang sedang ditayangkan atau ditayangkan tidak lama lagi.

Mr. Queen mendahului senarai drama yang paling banyak menghasilkan bualan untuk minggu kedua berturut-turut. Shin Hye Sun kekal di kedudukan pertama dalam senarai pelakon, sementara seorang lagi pelakon Mr.Queen Kim Jung Hyun adalah dikedudukan keempat.

Satu lagi drama tvN True Beauty kekal di tangga kedua dalam ranking drama, sementara pelakonnya mempertahankan tiga tempat dalam senarai pelakon iaitu Moon Ga Young ditangga kedua, Cha Eun Woo di tangga ketiga dan Hwang in Yeob di tangga kelima. 

Advertising

Sementara itu, drama JTBC Run On naik ketangga ketiga dalam ranking drama dengan pelakonnya Im Siwan, dan Shin Se Kyung berada di tangga ketujuh dan kelapan dalam ranking pelakon.

Berikut adalah ranking drama dari 1 Februari hingga 7 Februari:

  1. “Mr. Queen
  2. “True Beauty”
  3. “Run On
  4. “She Would Never Know”
  5.  “The Penthouse” musim ke-2
  6. “L.U.C.A.: The Beginning”
  7. “A Man in a Veil”
  8. “Homemade Love Story”
  9. “Royal Secret Agent”
  10. “Love (ft. Marriage and Divorce)”

Berikut adalah ranking pelakon dari 1 Februari hingga 7 Februari:

  1. Shin Hye Sun (“Mr. Queen”)
  2. Moon Ga Young (“True Beauty”)
  3. Cha Eun Woo “(“True Beauty”)
  4. Kim Jung Hyun (“Mr. Queen”)
  5. Hwang In Yeob (“True Beauty”)
  6. SF9’s Rowoon (“She Would Never Know”)
  7. Im Siwan (“Run On”
  8. Shin Se Kyung (“Run On”)
  9. Won Jin Ah (“She Would Never Know”)
  10. Kim Rae Won (“L.U.C.A.: The Beginning”)

Sumber: Soompi

Advertising

Related posts

Tayangan “Dear.M” Ditunda Susulan Kontroversi Melibatkan Park Hye Soo

Zulaikha

Love Alarm Season 2 Character Posters Released

Zulaikha

Lee Je Hoon Bersedia Untuk Balas Dendam Dalam Poster Drama Terbaru “Taxi Driver”

Kakimuvee

Rating “River Where The Moon Rises” Terus Kukuh

Zulaikha

Episod Kedua “Vincenzo” & “Times” Catat Peningkatan Rating

Zulaikha

“The Penthouse 2” Lepasi Angka 20 Peratus!, “Vincenzo” Capai Rating Pembukaan Ketiga Tertinggi Dalam Sejarah tvN

Zulaikha

Leave a Comment