
Mr. Queen dan Love (ft. Marriage and Divorce) meneruskan persaingan rating untuk drama hari minggu!.
Pada 7 Februari, drama popular tvN Mr. Queen terus menguasai kedudukan pertama dalam slot waktunya disemua saluran, termasuklah rangkaian siaran awam.
Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod terbaru draam tersebut mencatatkan purata rating sebanyak 14.8 peratus dan kemuncaknya sebanyak 17.7 peratus, sedikit peningkatan berbanding episod sebelumnya.
Walaupun disaing hebat drama Mr. Queen, penilaian penonton untuk drama TV Chosun, Love (ft. Marriage and Divorce) – yang disiarkan dalam slot masa yang sama – tetap kukuh.
Episod terbaru drama tersebut telah mencatatkan purata rating sebanyak 8.1 peratus, sedikit penurunan berbanding episod sebelumnya, yang berjaya memecahkan rating tertinggi yang pernah dicatatkan dalam sejarah rangkaian TV Chosun.
Akhir sekali di KBS 2TV, drama Homemade Love Story menikmati peningkatan penilaian penonton untuk episod terbarunya, yang mana ia mencatatkan purata skor sebanyak 31.4 peratus dan 32.8 peratus untuk dua bahagiannya.
Love (ft. Marriage and Divorce) boleh ditonton dilaman penstriman Netflix.