Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Mr. Queen” Kekal No. 1 Walaupun Hadapi Saingan Hebat


Drama hit tvN Mr. Queen terus mendominasi slot waktunya walaupun menghadapi saingan hebat.

Menurut Nielsen Korea, episod 9 Januari drama fantasi-komedi sejarah itu telah mencatakan purata skor sebanyak 12.1 peratus dan kemuncaknya sebanyak 13.9 peratus. Mr. Queen turut menduduki tangga pertama dalam slot waktunya disemua saluran termasuklah rangkaian awam – satu pencapai hebat bagi drama siaran kabel. 

Penilaian penonton Mr. Queen turut mencapai yang tertinggi dikalangan demografi utama berusia 20 hingga 49 tahun dengan skor sebanyak 7.5 peratus dan kemuncaknya sebanyak 8.5 peratus untuk episod terbaru. 

Sementara itu, drama superhero OCN, The Uncanny Counter kekal kukuh dengan purata rating sebanyak 8.7 peratus dan kemuncaknya sebanyak 9.8 peratus. Di JTBC, drama Hush mencatatkan purata rating sebanyak 2.3 peratus untuk episod terbaru, manakala drama TV Chosun The Goddess of Revenge mencatatkan purata rating sebanyak 2.2 peratus.

Episod terbaru drama SBS Delayed Justice mencatatkan skor rating sebanyak 5.4 peratus dan drama KBS 2TV Homemade Love Story kekal menjadi drama paling ditonton pada malam Sabtu dengan purata rating sebanyak 25.1 dan 30.9 peratus untuk dua bahagiannya. 


Sumber: Soompi


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee