Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Mr. Queen” Kekal No. 1, Shin Hye Sun & Kim Jung Hyun Bersaing Untuk Jadi Pelakon Paling Popular

Walaupun sudah berakhir, drama tvN “Mr. Queen” terus menerajui senarai mingguan drama paling popular, dengan dua bintangnya, Shin Hye Sun dan Kim Jung-Hyun menguasai dua tempat teratas dalam senarai pelakon.

Good Data Corporation telah berkongsi kedudukan drama dan para pelakon yang menghasilkan banyak bualan dari 8 Februari hingga 14 Februari. Senarai disusun dari menganalisis artikel berita, catatan blog, komuniti dalam talian, video, dan catatan media sosial mengenai 23 drama yang sedang ditayangkan atau akan ditayangkan tidak lama lagi.

“Mr. Queen” menduduki tempat teratas dalam senarai drama terkenal untuk minggu ketiga berturut-turut. Shin Hye Sun terus kuasai kedudukan teratas antara pelakon untuk minggu keempat berturut-turut, sementara gadingannya Kim Jung Hyun naik ke tangga ke-2 dari No. 4 minggu lalu. Dua lagi pelakon “Mr. Queen” turut tersenarai Na In Woo di No 5 dan Choi Jin Hyuk di No 9.

Drama SBS “The Penthouse 2” dijangka menguasai senarai pada minggu hadapan. Walaupun akan ditayangkan pada 19 Februari (hari ini), drama tersebut berjaya naik ketangga kedua. Bintang musim pertama Lee Ji Ah menduduki tangga ke-6 dalam senarai pelakon selepas namanya dikaitkan dengan drama akan datang. 

Salah satu topik terkenal dikalangan peminat menjelang tayangan perdana “The Penthouse 2” ialah sama ada Lee Ji Ah akan kembali atau tidak, berikutan kematian wataknya, Shim Soo Ryeon pada musim pertama.

Drama JTBC “She Would Never Know” naik ketangga ketiga dalam senarai drama dengan bintang utamanya, Rowoon berada dikedudukan ketiga dan Won Jin Ah dikedudukan keempat. 

10 drama teratas yang menghasilkan paling banyak buatalan pada minggu kedua bulan Februari adalah seperti berikut:

  1. “Mr. Queen”
  2. “The Penthouse 2”
  3. “She Would Never Know”
  4. KBS2’s “A Man in a Veil”
  5. TV Chosun’s “Love (ft. Marriage and Divorce)”
  6.  KBS2’s “Royal Secret Agent”
  7. KBS2’s “Homemade Love Story”
  8. tvN’s “L.U.C.A.: The Beginning”
  9. tvN’s “Vincenzo”
  10. KBS1’s “No Matter What”

10 pelakon teratas untuk minggu ini adalah seperti berikut:

  1. Shin Hye Sun (“Mr. Queen”)
  2. Kim Jung Hyun (“Mr. Queen”)
  3. Rowoon (“She Would Never Know”)
  4. Won Jin Ah (“She Would Never Know”)
  5. Na In Woo (“Mr. Queen”)
  6. Lee Ji Ah (“The Penthouse 2”)
  7. Lee Si Kang (“A Man in a Veil”)
  8. Kim Myung Soo (“Royal Secret Agent”)
  9. Choi Jin Hyuk (“Mr. Queen”)
  10. Kang Eun Tak (“A Man in a Veil”)

Sumber: Soompi

Related posts

“The Penthouse 2” Terus Cipta Rekod!, “Vincenzo” Catat Penurunan

Zulaikha

Drama Hit Tahun 2006, “Goong” Akan Dihasilkan Semula

Zulaikha

Teaser Terbaru “Joseon Exorcist” Papar Konflik Yang Begitu Tegang

Zulaikha

Lihat Poster IMAX “Rurouni Kenshin: The Final” Disini

Isqandar

Rating “The Penthouse 2” Terus Meningkat, Sementara “Sisyphus: The Myth” & “Mouse” Catat Satu Lagi Penurunan

Zulaikha

Navillera: Song Kang Makes A Perfect Transformation Into A Ballerino With Big Dreams

Zulaikha