Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Mr. Queen” & “Homemade Love Story” Capai Rating Tertinggi

Kedua-dua drama Mr. Queen dan Homemade Love Story telah mencapai rating tertinggi setakat ini.

Pada 27 Disember, drama hit terbaru tvN Mr. Queen telah memecahkan rekod penilaian peribadinya sekali lagi. Drama komedi fantasi sejarah, yang telah mendapat perhatian banyak penonton dengan setiap episod baru, memperoleh penilaian purata sebanyak 11.8 peratus, sekaligus mencipta rating tertinggi untuk drama ini.

Mr. Queen adalah drama gabungan sejarah mengenai seorang lelaki dari zaman moden yang jiwanya terperangkap di dalam tubuh seorang ratu dari dinasti Joseon.

Shin Hye Sun memainkan peranan sebagai Kim So Yong, permaisuri dengan jiwa Jang Bong Hwan yang terperangkap di dalam dirinya. Kim Jung Hyun sebagai Raja Cheoljong, yang kelihatan seperti raja yang lemah dan tidak efektif tetapi menyembunyikan sisinya yang tajam dan berkeinginan kuat. 

Sementara itu, drama KBS 2TV Homemade Love Story juga mencapai jumlah penonton paling tinggi setakat ini. Menurut Nielsen Korea, episod terbaru drama popular itu mendapat penilaian purata sebanyak 31.2 peratus dan 33.2 peratus untuk dua bahagiannya.

Related posts

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Park Bo Young & Seo In Guk Berpegang Tangan Dalam Poster Drama “Doom At Your Service”

Zulaikha

“Taxi Driver” Terus Catat Rating Tertinggi

Zulaikha

Song Joong Ki Kuasai Tangga Pertama Dalam Senarai Mingguan Pelakon Paling Popular

Zulaikha

“The Good Detective” Kembali Dengan Musim Kedua

Zulaikha