
Drama tvN Mr. Queen dan TV Chosun, Love (ft. Marriage and Divorce) terus menunjukkan prestasi baik.
Pada 30 Januari, episod terbaru Mr. Queen telah mencapai penilaian tertinggi setakat ini. Menurut Nielsen Korea (via Soompi), drama hit itu telah mencatatkan purata rating sebanyak 14.5 peratus dan kemuncaknya sebanyak 17.1 peratus, sekaligus menduduki tangga pertama dalam slot waktunya disemua rangkaian – termasuklah rangkaian awam dan mencipta rekod peribadi.
Sementara itu, drama Love (ft. Marriage and Divorce) telah mencipta kejutan apabila mencatatkan rating tertinggi yang pernah dicapai mana-mana drama dalam sejarah TV Chosun.
Episod terbaru drama tersebut telah merekodkan purata rating sebanyak 8.9 peratus dan kemuncaknya sebanyak 9.5 peratus, sekaligus mencipta rekod baru untuk drama tersebut dan rangkaian TV Chosun.
Love (ft. Marriage and Divorce) dibintangi Sun Hooon, Lee Tae Gon, Park Joo Mi dan ramai lagi, mengikuti masalah tiga pasangan suami isteri yang berada di tahap berbeza dalam hidup mereka. Drama terbaru ini boleh ditonton di Netflix.
Akhir sekali di KBS 2TV, Homemade Love Story terus menjadi drama paling banyak penonton pada Sabtu malam dengan episod terbaru merekodkan purata rating sebanyak 26.3 peratus dan 31.8 peratus untuk dua bahagiannya.