Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Mr. Queen” Capai Rating Tertinggi, Finale “The Goddess Of Revenge” Catat Peningkatan

Drama tvN Mr. Queen terus menarik penoton baru.

Pada 17 Januari, drama hit lakonan Shin Hye Sun dan Kim Jung Hyun telah mencapai penilaian tertinggi setakat ini. Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod terbaru Mr. Queen telah merekodkan purata rating sebanyak 13.2 peratus dan kemuncaknya sebanyak 14.6 peratus, sekaligus mencipta rakod peribadi buat drama tersebut. 

Drama ini turut menguasai slot waktunya di semua saluran, termasuklah rangkaian awam.

Sementara itu, drama TV Chosun The Goddess of Revenge menikmati peningkatan penonton untuk episod terakhirnya, dengan purata rating sebanyak 2.9 peratus. Episod terbaru drama OCN, The Uncanny Counter turut menyaksikan peningkatan penonton dengan purata rating sebanyak 9.9 peratus.

Akhir sekali, drama KBS 2TV Homemade Love Story kekal kukuh dengan purata rating sebanyak 29.8 peratus dan 33.1 peratus. 

Related posts

“Law School” Cipta Rekod Peribadi, Rating “Mouse” Meningkat

Zulaikha

“Mad For Each Other” Goda Ledakan Gila Dalam Siri Rom-Com Terbaru Netflix

Zulaikha

EVERYTHING WE RINDU FROM VINCENZO

Zulaikha

Temukan Makna Keluarga yang Sejati Dalam Filem “Ali & Ratu Ratu Queens”, Akan Datang Ke Netflix

Kakimuvee

Kim Nam Gil Ditawarkan Watak Utama Dalam Drama Thriller Terbaru “Those Who Read Hearts of Evil”

Zulaikha

Episod Terakhir “Vincenzo” Capai Penilaian Ke-6 Tertinggi Dalam Sejarah tvN

Zulaikha