
Menampilkan kisah pengintipan antarabangsa, pengintip berkuasa besar dan pembunuh upahan yang menakutkan, drama Korea Moving segera menarik perhatian penonton seluruh dunia, menjadi rancangan original Korea paling banyak ditonton di Disney+ (Hotstar) di seluruh dunia dan Hulu di A.S. berdasarkan jumah jam tontonan sepanjang 7 hari pertama tayangannya.
Pada minggu pertama sejak pelancaran pada 9 Ogos, siri baharu popular itu juga menjadi siri yang paling banyak ditonton di Disney+ (Hotstar) di seluruh APAC, termasuk di Korea, Jepun, Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan (berdasarkan jam tontonan), dan tayangan perdana terbesar di Disney+ di Korea setakat ini, berdasarkan jam yang disiarkan pada minggu pertama sejak pelancarannya.
Moving dilancarkan diseluruh dunia di 65 pasaran dan negara serta Hulu di A.S.
“Sambutan pelanggan global terhadap 11 episod pertama Moving telah melangkaui jangkaan kami,” kata Carol Choi, Naib Presiden Eksekutif Strategi Kandungan Asal, The Walt Disney Company APAC.
“Dari A.S. ke seluruh APAC, ia pantas menjadi popular dengan jalan cerita yang menawan, pelakon bertaraf dunia dan kesan pasca produksi yang luar biasa — semuanya bersatu untuk menyampaikan penceritaan yang luar biasa.”
Dibintangi beberapa nama besar dalam industri hiburan Korea, termasuk Ryu Seungryong, Han Hyojoo dan Zo Insung, Moving mengisahkan sekumpulan perisik Korea Selatan yang berusaha untuk melindungi kanak-kanak berkuasa super daripada bahaya dan eksploitasi di tangan agensi kerajaan yang berniat jahat.
Pada mulanya direkrut kerana kebolehan luar biasa mereka termasuk kebolehan untuk terbang, penyembuhan segera dan deria yang dipertingkatkan, perisik itu hilang tanpa jejak selepas ditugaskan untuk menjalankan misi yang semakin meragukan.
Kini dengan anak-anak mereka mempamerkan kebolehan yang sama dan pembunuh upahan berbahaya dengan pantas memilih individu yang berkuasa besar, ibu bapa mesti meninggalkan kehidupan aman mereka untuk menjadi “raksasa” seperti dahulu.
Strim 11 episod pertama Moving hari ini, secara eksklusif di Disney+ Hotstar.