Move On.. Hugh Jackman Tidak Akan Kembali Membawakan Watak Wolverine

664
views

Dikala peminat filem Marvel sedang berangan untuk melihat anggota X-Men dalam filem-filem Avengers dan berspekulasi mengenai kemunculan semula Hugh Jackman sebagai Wolverine, aktor dari Australia tersebut dilihat seperti tidak mahu meneruskan wataknya itu lagi dan bersedia melepaskan mantle Wolverine kepada orang lain.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai spekulasi bahawa beliau akan kembali membawakan watak Wolverine sekiranya Disney berjaya membeli Fox.

“It’s interesting because for the whole 17 years I kept thinking that would be so great, like I would love to see, particularly, Iron Man and the Hulk and Wolverine together. And every time I saw an Avengers movie I could just see Wolverine in the middle of all of them like punching them all on the head. But it was like, “Oh well, that’s not gonna happen,” and it was interesting just when I first saw that headline — it was just the possibility of it and who knows what’s gonna happen, obviously — I was like, “Hang on!” But I think, unfortunately, the ship has sailed for me, but for someone else I would like to see Wolverine in there.”

Hugh Jackman merupakan satu-satu aktor yang paling lama memegang watak superhero iaitu selama 17 tahun sebagai Wolverine. Filem terakhirnya sebagai Wolverine adalah dalam filem Logan yang ditayangkan awal tahun ini. Filem terakhirnya itu benar-benar memberi kesan kepada penonton terutamanya kepada peminat X-Men kerana bukan sahaja watak itu ditamatkan, Hugh Jackman juga bersara dari membawakan watak superhero paling ikonik itu.

Peminat sebelum ini berspekulasi bahawa Hugh Jackman akan kembali membawakan watak Wolverine sekiranya Disney berjaya membeli aset dari 21th Century Fox. Malah kenyataan aktor tersebut sebelum bersara yang dia akan kembali sebagai Wolverine sekiranya watak tersebut berada dalam filem Avengers telah membuatkan peminat teruja lebih-lebih lagi selepas berita mengenai cubaan Disney ingin membeli Fox.

Bagaimanapun dengan kenyataan terbaru dari pelakon tersebut, peminat Wolverine boleh melupakan hasrat mereka untuk melihat Hugh Jackman kembali sebagai superhero paling ‘badass’ sekali dalam sejarah filem-filem superhero.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here