Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Mouse” Cipta Rekod Peribadi, Rating “Sisyphus: The Myth” Terus Menurun

“Mouse” berjaya mencapai rating tertinggi setakat ini.

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod 10 Mac drama tvN “Mouse” merekodkan purata rating sebanyak 5.985 peratus, peningkatan mendadak berbanding episod sebelumnya, yang mencatatkan rating 4.044 peratus, dan lebih tinggi dari rating episod perdana iaitu 4.948 peratus.

Sementara itu, rating drama JTBC “Sisyphus: The Myth” terus menjunam. Episod terbaru drama lakonan Park Shin Hye dan Cho Seung Woo itu merekodkan purata rating sebanyak 4.633 peratus, rating terendah sepanjang siarannya.

Akhi sekali di KBS, drama “Hello, Me!” mencatatkan peningkatan rating dengan episod terbaru merekodkan purata penilaian penonton sebanyak 3.0 dan 3.9 peratus.

Sisyphus: The Myth adalah drama fantasi misteri yang memberi fokus kepada jurutera genius, Han Tae Sool (Cho Seung Woo) yang berusaha untuk membongkar kebenaran di sebalik kematian abangnya, dan seorang pahlawan elit bernama Kang Seo Hae (Park Shin Hye), yang mengembara masa untuk menolongnya

Han Tae Sool adalah seorang genius yang sangat mahir dalam bidang kejuruteraan dan pengekodan, menyebabkan makhluk misteri mengejarnya. Kang Seo Hae mencari Han Tae Sool kerana dia yakin bahawa jika dia menyelamatkannya, dia dapat menghalang kemusnahan dunia.

Mouse adalah drama misteri thriller yang ditetapkan di dunia dimana manusia dapat mengenalpasti psikopat melalui ujian DND pada janin di rahim ibu. Drama ini berpusat pada persoalan, “Adakah anda akan melahirkan anak itu dengan mengetahui bahawa mereka adalah psikopat?”

Hello,Me! adalah drama komedi romantis fantasi mengenai seorang wanita berusia 37 tahun bernama Ban Ha Ni (Choi Kang Hee), yang menjadi tidak berminat dengan cinta, pekerjaan, dan impiannya.

Dia dikunjungi dan dihiburkan oleh dirinya yang berusia 17 tahun (Lee Re), yang sangat meminati segala-galanya dan tidak takut dengan apa pun di dunia. Kim Young Kwang berperanan sebagai chaebol generasi kedua yang bersemangat bebas Han Yoo Hyun yang tidak pernah dewasa

Related posts

“Yumi’s Cells,” “One The Woman,” & “The Veil” Memulakan Pertarungan Rating Penonton

Zulaikha

Finale “Hospital Playlist 2” Capai Penilaian Tertinggi Sepanjang Musim

Zulaikha

iQiyi’s New Original Chinese-Language Series Rainless Love in a Godless Land Premieres On October 17th

Zulaikha

So Ju Yeon, Jung Yi Seo, & Jo In Bintangi Drama Istimewa KBS

Zulaikha

iQiyi Akan Menayangkan K-Drama Suspen Terbaru Bertajuk “Jirisan”

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa “Squid Game” Akan Menjadi Siri Netflix Kegemaran Anda

Zulaikha

Leave a Comment