
Selepas berjaya menambat hati penonton, akhirnya drama Mouse menamatkan siarannya dengan rating kukuh.
Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod finale drama tersebut telah merekodkan purata rating sebanyak 6.25 peratus, peningkatan 0.65 peratus berbanding episod sebelum. Selain itu juga, penilaian itu merupakan ketiga tertinggi sepanjang siaran 20 episod.
Sementara itu, dua drama telah mencipta rekod peribadi. Drama KBS, Sell Your Haunted House merekodkan purata rating sebanyak 4.4 peratus dan 6.5 peratus untuk dua bahagiannya, mengatasi penilaian terbaik, 6.3 peratus yang dicatatkannya pada 28 April yang lalu.
Episod ke-10 drama JTBC Law School telah mencatatkan purata rating sebanyak 5.562 peratus, mengatasi rating 5.508 peratus yang direkodkan pada episod kesembilan.
Akhir sekali, drama MBC Here’s My Plan telah membuka siarannya dengan episod pertama mencatatkan purata rating sebanyak 2.7 dan 2.8 peratus untuk dua bahagiannya.