Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mortal Kombat Tambah Pelakon Untuk Watak Sonya Blade & Kano

Barisan pelakon filem aksi Mortal Kombat dikembangkan lagi dengan pertambahan tiga lagi pelakon. Menurut laporan dari laman The Hollywood Reporter, bintang filem The Meg, Jessica McNamee telah dipilih untuk memainkan peranan Sonya Blade, manakala pelakon Josh Lawson akan memain peranan Kano.

Manakala bintangi siri Wu Assassins, Lewis Tan kini sedang dalam rundingan untuk memainkan peranan yang masih tidak didedahkan lagi.

Mereka akan menyertai Joe Taslim yang memainkan peranan sebagai Sub-Zero, Ludi Lin sebagai Liu Kang, Mehcad Brooks sebagai Jackson “Jax’ Briggs, Sisi Stringer sebagai Mileena dan Tadanobu Asano sebagai Raiden.

Filem ‘reboot’ ini akan mengisahkan tentang seorang protagonis yang terlibat dalam pertarungan interdimensi, dan kemudiannya menyedari potensi sebenarnya selepas bertarung dengan lawan-lawannya.

James Wan dan syarikatnya, Atomic Monster akan menerbitkan filem ini bersama-sama Todd Garner. Larry Kasanoff, E. Bennet Walsh, Michael Clear dan Sean Robins akan bertindak selaku penerbit eksekutif. Simon McQuoid akan mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Greg Russo

Mortal Kombat pertama kali diangkat ke layar perak pada tahun 1995, yang diarahkan oleh Paul W.S. Anderson. Filem sekuel berjudul Mortal Kombat: Annihilation menyusul dua tahun kemudianBagaimanapun, kritikan teruk yang diterima Mortal Kombat: Annihilation telah menyebabkan penghasilan filem ketiga dibatalkan oleh pihak studio.

Penggambaran akan dilakukan di Australia pada penghujung tahun ini dan bakal menemui penonton pada 5 Mac 2021.

Related posts

Klip Terbaru Venom: Let There Be Carnage Goda Transformasi Cletus Kasady

Kakimuvee

Randall Park, Jani Zhao Antara Yang Sertai Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

Leave a Comment