Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mortal Kombat: Saksikan Poster Digital Sub-Zero, Mileena, Sonya Blade & Ramai Lagi Disini


Warner Bros. akan menguji peminat pada Khamis (waktu zon pasifik) ini apabila mereka melancarkan trailer rasmi pertama Mortal Kombat, sebuah filem adaptasi permainan video berjudul sama yang diterbitkan James Wan (Saw, Dead Silence, Insidious, The Conjuring, Aquaman). 

Trailer Mortal Kombat akan mula menemui peminat 18 Februari, jam 9 pagi PST / 19 Februari, Jumaat jam 1 pagi waktu Malaysia. Sementara menantikan trailer pertama, anda boleh saksikan digital poster dibawah yang menampilkan Joe Taslim sebagai Sub-Zero, Mileena dan ramai lagi. 

Mortal Kombat telah diberi penarafan ‘R’ / 18 tahun dan keatas kerana memaparkan adegan-adegan ganas, dan penggunaan bahasa kesat yang tidak sesuai untuk penonton dibawah umur.

Barisan pelakon terdiri daripada Chin Han sebagai Shang Tsung, Hiroyuki Sanada sebagai Scorpion, Joe Taslim sebagai Sub Zero, Mehcad Brooks sebagai Jax, Ludi Lin sebagai Liu Kang, Jessica McNamee sebagai Sonya Blade, Josh Lawson sebagai Kano serta Lewis Tan.

James Wan dan syarikat penerbitannya, Atomic Monster menerbitkan filem ini bersama-sama Todd Garner. Larry Kasanoff, E. Bennet Walsh, Michael Clear dan Sean Robins bertindak selaku penerbit eksekutif, manakala Simon McQuoid sebagai pengarah berdasarkan skrip yang ditulis oleh Greg Russo


Mortal Kombat pertama kali diangkat ke layar perak pada tahun 1995, yang diarahkan oleh Paul W.S. Anderson. Filem sekuel berjudul Mortal Kombat: Annihilation menyusul dua tahun kemudian, tetapi disebabkan kritikan teruk yang diterimapembikinan filem ketiga dibatalkan oleh pihak studio.

Mortal Kombat akan ditayangkan secara serentak dipawagam dan HBO Max pada 16 April, 2021.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee