Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Mortal Kombat” Sah Diberi Rating ‘R’

Agak pelik bila dua filem pertama “Mortal Kombat” dari tahun 1990an diberi penilaian PG1-3, sedangkan permainan videonya agak ganas seperti yang diketahui peminat.

Bagaimanapun, pekara itu tidak akan berulang dalam filem ‘reboot’ “Mortal Kombat” akan datang selepas ‘The Motion Picture Association (MPA) secara rasmi memberi penilaian ‘R‘ kepada filem terbitan James Wan itu. 

Penilaian ‘R’ diberi kerana “Mortal Kombat” memaparkan ‘keganasan, pertumpahan darah, penggunaan bahasa dan beberapa rujukan kasar yang tidak sesuai untuk penonton bawah umur’.

Rating dari MPA sudah dijangka para peminat selepas New Line Cinema mendedahkan trailer yang menjanjikan adegan ‘R-rated’ dari mula hingga ke penghujung filem. 

“Mortal Kombat” dibintangi Chin Han sebagai Shang Tsung, Hiroyuki Sanada sebagai Scorpion, Joe Taslim sebagai Sub Zero, Mehcad Brooks sebagai Jax, Ludi Lin sebagai Liu Kang, Jessica McNamee sebagai Sonya Blade, Josh Lawson sebagai Kano serta Lewis Tan.

James Wan dan syarikat penerbitannya, Atomic Monster menerbitkan filem ini bersama-sama Todd Garner. Larry Kasanoff, E. Bennet Walsh, Michael Clear dan Sean Robins bertindak selaku penerbit eksekutif, manakala Simon McQuoid sebagai pengarah berdasarkan skrip yang ditulis oleh Greg Russo

Filem live-action “Mortal Kombat” pertama kali diangkat ke layar perak pada tahun 1995, yang diarahkan oleh Paul W.S. Anderson, dan diikuti sekuel berjudul “Mortal Kombat: Annihilation” menyusul dua tahun kemudian, tetapi disebabkan kritikan teruk yang diterimapembikinan filem ketiga dibatalkan oleh pihak studio.

Filem terbaru Warner Bros. ini akan ditayangkan secara serentak dipawagam dan perkhidmatan HBO Max pada 16 April, 2021.

Poster terbaru Mortal Kombat

Sinopsis:

MMA fighter Cole Young, accustomed to taking a beating for money, is unaware of his heritage—or why Outworld’s Emperor Shang Tsung has sent his best warrior, Sub-Zero, an otherworldly Cryomancer, to hunt Cole down. Fearing for his family’s safety, Cole goes in search of Sonya Blade at the direction of Jax, a Special Forces Major who bears the same strange dragon marking Cole was born with.

Soon, he finds himself at the temple of Lord Raiden, an Elder God and the protector of Earthrealm, who grants sanctuary to those who bear the mark. Here, Cole trains with experienced warriors Liu KangKung Lao and rogue mercenary Kano, as he prepares to stand with Earth’s greatest champions against the enemies of Outworld in a high stakes battle for the universe.

But will Cole be pushed hard enough to unlock his arcana—the immense power from within his soul—in time to save not only his family, but to stop Outworld once and for all?

Related posts

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Matt Reeves Kongsi Gambar Terbaru Batman Sempena Meraikan #BatmanDay

Kakimuvee

Daniel Craig Ucapkan Selamat Tinggal Dalam Video Belakang Tabir “No Time to Die”

Kakimuvee

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

Leave a Comment