Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

MORTAL KOMBAT: Ryan Reynolds Mahu Bawa Watak Johnny Cage?

Babak terakhir Mortal Kombat mengesahkan perancangan untuk memperkenalkan Johnny Cage dalam sekuel yang mungkin berpotensi (jika filem ini menunjukkan prestasi baik di pentas box office). Banyak peminat percaya Ryan Reynolds adalah pelakon yang sesuai untuk menghidupkan watak bintang Hollywood Mortal Kombat di layar perak. 

Sudah tentu, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa bintang Deadpool itu kini sedang dalam perbincangan untuk memainkan peranan Cage dalam sekuel Mortal Kombat II, dan Reynolds, seperti kebiasaannya, akan memberi respon terhadap segala khabar angin yang mengaitkannya dengan gaya yang cukup lucu.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, Reynolds telah kongsikan gambar ala permainan video yang menampilkan dirinya sebagai Johnny Cage. Reynolds sempat mengambil kesempatan dengan mempromosikan Mint Mobile, syarikat yang menyediakan perkhidmatan rangkaian selular di Amerika Syarikat. 

Apapun, perkongsian Reynolds sekadar membalas khabar angin peminat, dan sudah tentu ia bukanlah pengesahan dari pelakon itu sendiri. Tambahan pula, perkongsiannya itu lebih kepada pengiklanan. Ya atau tidak, bergantung pada tawaran dan keputusan pelakon itu sendiri.

Buat masa ini calon untuk memainkan watak Johnny Cage masih belum diketahui, tetapi sudah ada yang menawarkan diri mereka, salah seorangnya bintang WWE The Miz. 

Mortal Kombat kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan.

Related posts

Trailer Penuh “Hitman’s Wife’s Bodyguard” Pasti Buatkan Korang Terhibur

Kakimuvee

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee