Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Mortal Kombat” Kutip AS$51 Juta Dolar Seluruh Dunia

Filem adaptasi permainan video Mortal Kombat menunjukkan prestasi positif apabila mengumpul kutipan tiket sebanyak $51 juta dolar seluruh dunia. Di pasaran domestik Amerika Syarikat, filem tersebut berjaya mengutip $23 juta dolar dalam tempoh tiga hari tayangan (23 April – 25 April). Sebanyak $27 juta telah dikutip di pasaran antarabangsa, bagaimanapun, butiran pasaran yang mencatat kutipan tertinggi tidak didedahkan laman Box Office Mojo.

Filem terbaru New Line Cinema / Warner Bros. ini dihasilkan dengan modal sebanyaj $55 juta dolar. Jika prestasi baik ini berterusan sepanjang tayangannya, peminat pasti dapat melihat sekuelnya yang akan datang. 

Mortal Kombat dibintangi Chin Han sebagai Shang Tsung, Hiroyuki Sanada sebagai Scorpion, Joe Taslim sebagai Sub Zero, Mehcad Brooks sebagai Jax, Ludi Lin sebagai Liu Kang, Jessica McNamee sebagai Sonya Blade, Josh Lawson sebagai Kano serta Lewis Tan.

James Wan dan syarikat penerbitannya, Atomic Monster menerbitkan filem ini bersama-sama Todd Garner. Larry Kasanoff, E. Bennet Walsh, Michael Clear dan Sean Robins bertindak selaku penerbit eksekutif, manakala Simon McQuoid sebagai pengarah berdasarkan skrip yang ditulis oleh Greg Russo

Mortal Kombat sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara

 

Related posts

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

Leave a Comment