Berita

'Reference' Spider-Man Akan Ditunjukkan Dalam Filem Morbius?

Spider-Man juga dikhabarkan bakal membuat kemunculan

Views

Walaupun telah diumumkan pada awal tahun lalu, tiada apa yang menarik tentang filem Marvel terbitan Sony Pictures, Morbius. Bagaimanapun, sejak pendedahan berita mengenai pelancaran trailer pertama filem 'superhero' itu, terdapat khabar angin yang mungkin membuatkan para peminat merasa teruja.

Berdasarkan artikel dari Comicbookmovie.com, filem lakonan Jared Leto itu bakal memaparkan 'background reference' Spider-Man. Tidak dipastikan bagaimana rujukan itu dibuat, tetapi difahamkan terdapat poster yang menunjukkan Spider-Man sedang dikehendaki oleh pihak berkuasa.

Jika khabar angin ini benar, ianya agak menarik kerana ia secara tidak langsung mengaitkan Morbius dengan 'ending' filem Spider-Man: Far From Home dimana Spider-Man telah dituduh membunuh Mysterio. 'Reference' ini juga mungkin menjadi titik permulaan 'crossover' diantara SUMC (Sony's Universe of Marvel Characters) dan MCU (Marvel Cinematic Universe) milik Marvel Studios.

Untuk info, Tom Holland dilaporkan akan muncul sebagai Spider-Man dalam dua dunia sinematik Marvel yang berbeza sepertimana yang terkandung dalam perjanjian terbaru diantara Sony dan Disney / Marvel Studios. Ini bermakna, Sony boleh menggunakan Tom Holland dalam filem-filem Marvel terbitan mereka dan dalam masa yang sama, Marvel Studio boleh terus menggunakan karakter Spider-man dalam MCU.

Terdapat banyak 'cakap-cakap' mengenai cameo Peter Parker dalam filem sekuel Venom 2 akan datang, dan dengan tersebarnya khabar angin mengenai 'reference' Spider-Man dalam filem Morbius, pasti membuatkan para peminat tidak sabar untuk menonton filem karakter 'vampire' Marvel itu.

UPDATED!

Imej terbaru yang bocor memaparkan easter egg Spider-Man. Bagaimanapun, ianya agak meragukan kerana mirip seperti tangkap layar Spider-Man dari permainan video PS4. Apapun kita nantikan trailer Morbius yang bakal didedahkan tidak lama lagi untuk melihat pandangan pertama filem tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Morbius leaked photo. This could be intresting cok! #Kakimuvee #Morbius

A post shared by Kakimuvee (@kakimuvee) on

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks