
Drama terbaru KBS2 Moonshine terus mengukuhkan kedudukannya.
Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod 27 Disember Moonshine merekodkan purata rating 6.3 peratus untuk episod ketiga. Walaupun ia menyaksikan penurunan 0.9 peratus berbanding episod minggu lalu, yang mencatatkan rating 7.2 peratus, drama tersebut kekal no. 1 dikalangan drama petang Isnin-Selasa.
Drama Show Window: The Queen’s House mengumpul jumlah penilaian penonton sebanyak 5.701 peratus, sedikit penurunan berbanding rating tertingginya yang dicatatakan pada minggu lalu, iaitu 6.406 peratus.
Turut menyaksikan penurunan adalah drama SBS Our Beloved Summer yang merekodkan rating 3.7 peratus untuk terbaru. Untuk info, rating tertinggi yang dicatatkan drama itu adalah 4.0 peratus, yang dicatatkan pada minggu lalu.
Dengan tinggal hanya satu episod sahaja lagi, drama tvN Secret Royal Inspector & Joy menyaksikan sedikit peningkatan dengan episod terbaru merekodkan rating 3.6 peratus.
Akhir sekali, drama JTBC The One and Only mencatatkan rating 1.343 peratus untuk episod terbaru, rating yang hampir sama yang dicatatkan pada minggu lalu iaitu 1.365 peratus.