Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Moonshine” & “Our Beloved Summer” Cipta Rekod Peribadi

Drama tvN Secret Royal Inspector & Joy akhirnya mengakhiri rancangannya. Episod finale drama tersebut telah merekodkan rating 3.8 peratus, sedikit tinggi berbanding rating 3.6 peratus yang dicatatkan pada episod sebelumnya. 

Sementara itu, drama KBS2 Moonshine terus menduduki tempat pertama penilaian penonton dikalangan drama petang Isnin-Selasa. Episod terbaru drama tersebut telah memperoleh purata rating 7.6 peratus, peningkatan 1.3 peratus berbanding episod sebelumnya, yang mencatatkan rating 6.3 peratus. Rating yang dicatatkan pada episod kali ini merupakan yang tertinggi sepanjang siarannya. 


Drama SBS Our Beloved Summer turut mencapai penilaian penonton tertinggi setakat ini. Episod kelapan drama tersebut telah merekodkan rating 4.3 peratus, memecahkan rekod sebelum ini iaitu 4.0 peratus. 

Rating drama Channel A, Show Window: The Queen’s House tidak banyak berubah dengan episod terbaru memperoleh rating 5.86 peratus, hampir sama dengan rating episod sebelumnya, iaitu 5.701 peratus.

Akhir sekali, drama JTBC The One and Only terus menunjukkan trend penurunan dengan episod terbarunya hanya mendapt rating 0.58 peratus, yang terendah sepanjang siarannya. 

Sumber: Soompi

Related posts

Konspirasi Bertembung Dalam K-Drama Akan Datang “May It Please The Court”, Akan Debut Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar

Zulaikha

Lee Jung Jae Menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Di Hollywood Critics Association TV Awards

Zulaikha

Gambar-Gambar Terbaru SEOUL VIBE Menyerlahkan Lagi Latarbelakang 80-an Untuk Filem Aksi Terbaru Netflix

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

“Emergency Declaration” Catat Kutipan RM4 Juta Di Malaysia

Zulaikha

Filem Sulung Lee Jung Jae, “Hunt” Lepasi 1 Juta Penonton Di Korea Selatan

Zulaikha

Leave a Comment