Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Moon Knight Sasar Awal 2021 Untuk Mulakan Produksi

Menurut Discussing Film, Marvel Studios dilaporkan merancang untuk memulakan produksi siri Disney+ Moon Knight awal tahun hadapan di Budapest. Bintang utamanya, Oscar Isaac kini sedang menjalani penggambaran siri HBO Scenes from a Marriage, dan produksi Moon Knight akan bermula sebaik sahaja Isaac selesai dengan tugasannya. 

Kesemua episod akan diarahkan oleh pembikin filem dari Mesir, Mohamed Diab, dengan Gregory Middleton (Final Girl, Watchmen, Game of Thrones) dan Stefania Cella (Morbius) masing-masing sebagai sinematofrafer dan perekabentuk produksi. Moon Knight ditulis dan dibangunkan pencipta siri televisyen The Umbrella Academy, Jeremy Slater. 

Karakter Moon Knight dicipta Doug Moench dan Don Perlin pada tahun 1975 menerusi komik “Werewolf by Night” #32. Moon Knight adalah alter ego Marc Spector, seorang peninju dan bekas askar marine Amerika Syarikat. Spector mencipta beberapa identiti seperti pemandu teksi bernama Jake Lockley dan jutawan playboy bernama Steven Grant, dalam usahanya membanteras jenayah. 

Abiliti Spector sebelum ini bergantung pada kitaran bulan dimana ia membantu meningkatkan kekuatan, kepantasan dan ketahanannya. Bagaimanapun, versi terbaru karakternya hampir mirip seperti karakter komik DC, Batman dimana dia bergantung pada teknologi dan kepakarannya dalam seni mempertahankan diri, serta kemahirannya sebagai detektif.

Related posts

“Law School” Cipta Rekod Peribadi, Rating “Mouse” Meningkat

Zulaikha

“Mad For Each Other” Goda Ledakan Gila Dalam Siri Rom-Com Terbaru Netflix

Zulaikha

EVERYTHING WE RINDU FROM VINCENZO

Zulaikha

Temukan Makna Keluarga yang Sejati Dalam Filem “Ali & Ratu Ratu Queens”, Akan Datang Ke Netflix

Kakimuvee

Kim Nam Gil Ditawarkan Watak Utama Dalam Drama Thriller Terbaru “Those Who Read Hearts of Evil”

Zulaikha

Episod Terakhir “Vincenzo” Capai Penilaian Ke-6 Tertinggi Dalam Sejarah tvN

Zulaikha