Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Moon Knight” Dijangka Tiba Lebih Awal

Selepas berakhirnya Hawkeye, peminat pasti ternanti-nanti siri MCU seterusnya.

Menurut laporan terbaru dariOne Take News dan That Hashtag Show, tarikh tayangan untuk siri Moon Knight yang akan datang mungkin akan tiba lebih awal dari yang dijangkakan. 


Laporan itu menyatakan bahawa, Moon Knight mungkin menjadi siri Disney+ pertama MCU yang akan ditayangkan pada 2022, dan tarikh tayangannya adalah 30 Mac 2022. Bagaimanapun, tarikh tersebut masih belum disahkan perkhidmatan streaming Disney+ mahupun Marvel Studios, dan ianya tertakluk kepada perubahan. 

Jika tarikh itu tepat, ini bermakna episod terakhir siri itu akan hadir sebelum filem besar Marvel yang seterusnya, Doctor Strange in the Multiverse of Madness.

Laporan itu juga menyebut bahawa treler rasmi pertama untuk siri itu “tidak begitu jauh”, dan sepatutnya tiba tidak lama lagi sebelum tayangan perdana.

Siri Disney+ Marvel Studios yang akan datang, Moon Knight, akan menampilkan pemenang Golden Globe Oscar Isaac yang memainkan watak utama Marc Spector. Siri terbaru ini juga menandakan penampilan sulung aksi langsung adiwira ikonik itu dan dijangka akan membuat penampilan dalam filem MCU akan datang.

Moon Knight ditulis dan dibangunkan oleh ketua penulis Jeremy Slater (The Umbrella Academy). Kesemua episod diarahkan oleh pembikin filem dari Mesir Mohamed Diab dan pengarah duo Synchronic Justin Benson dan Aaron Moorhead. Selain menerajui siri ini, Isaac juga berkhidmat sebagai penerbit eksekutif. Siri ini juga dibintangi oleh calon Oscar Ethan Hawke, Gaspard Ulliel, dan May Calamawy.

Dicipta oleh Doug Moench dan Don Perlin pada tahun 1975 untuk komik “Werewolf by Night” #32, Moon Knight adalah alter ego Marc Spector, anak lelaki rabbi Yahudi-Amerika yang membesar menjadi petinju kelas berat dan kemudian menjadi anggota tentera Marin A.S. Spector juga merupakan seorang askar upahan yang mempunyai banyak alter ego seperti pemandu teksi Jake Lockley dan jutawan playboy Steven Grant dalam usaha untuk memerangi dunia jenayah dengan lebih efektif.

 

Related posts

Mark Ruffalo Ulas Potensi Filem “World War Hulk”, “Avengers: Secret Wars”

Kakimuvee

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment