
tvN telah melancarkan gambar terbaru drama rom-com True Beauty yang menampilkan watak lakonan Moon Ga Young.
True Beauty berdasarkan webtoon terkenal berjudul yang sama. Drama romantik komedi remaja ini mengisahkan Lim Ju Gyeong (Moon Ga Young), seorang pelajar sekolah menengah yang ceria dan optimistik yang sentiasa bersolek kerana tak yakin dengan wajah aslinya.
Setelah dia bertemu dengan Lee Su Ho (Cha Eun Woo – ASTRO), seorang pelajar popular yang mempunyai luka emosionalnya sendiri, mereka saling berkongsi rahsia dan belajar untuk menyembuhkan melalui cinta.
Dalam gambar terbaru, Lim Ju Gyeong berdiri dalam bilik gelap dengan penampilannya yang mengejutkan. Ini sebenarnya adalah salah satu percubaan pertama Lim Ju Gyeong untuk berubah menjadi gadis cantik dengan menggunakan alat solek.
True Beauty akan memulakan episod pertamanya pada 9 Disember jam 10.30 malam waktu tempatan.