Berita

MONSTER HUNTER: Gambar Terbaru Milla Jovovich Sebagai Captain Artemis

Views

IGN mengesahkan bahawa mereka akan kongsikan trailer terbaru Monsther Hunter arahan Paul W.S. Anderson pada Rabu pagi (waktu tempatan). Sementara itu, Sony Pictures telah mengeluarkan gambar terbaru yang memaparkan Milla Jovovich sebagai Captain Artemis. Anda boleh lihatnya dibawah. 

Monster Hunter diinspirasikan dari permainan video popular keluaran Capcom, dan plotnya akan berbeza dari versi permainan video. Dalam filem tersebut, Artemis dan pasukan tentera elitnya dibawa ke kawasan yang penuh dengan rasaksa merbahaya. Dia dan unitnya akan bekerjasama dengan pemburu misteri dimana mereka semua cuba untuk menewaskan kesemua raksasa dan keluar dari kawasan tersebut.

Milla Jovovich akan memainkan peranan sebagai Captain Natalie Artemis dan akan mengunakan Great Sword ‘The Giant Jawblade’ manakala Tony Jaa sebagai The Hunter yang mengunakan busur Great Hunter.

Filem ini diarahkan oleh Paul W.S. Anderson (Mortal KombatResident EvilEvent Horizon). Anderson turut bertindak selaku penerbit bersama-sama Robert Kulzer, Martin Moszkowicz, Jeremy Bolt, dan Dennis Berard.

Monster Hunter akan ditayangkan pada Disember 2020

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks