Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Monster Hunter” Ditarik Dari Pawagam China Kerana Dituduh Rasis


Monster Hunter telah dilancarkan di China pada hari Jumaat, tetapi filem itu telah menimbulkan kontroversi  kerana memaparkan adegan yang dianggap rasis dan ‘menghina’ orang-orang China.

Adegan kontroversi itu melibatkan perbualan diantara karakter lakonan Jin Au-Yeung dan pelakon lelaki kulit putih yang tidak dinamakan, dimana perbualan jenaka mereka berbaur perkauman. 

“Dalam babak itu, watak lelaki kulit putih dan watak Asia yang dilakonkan oleh Jin memandu bersama dengan kelajuan tinggi,” tulis Variety.

” “Apa?” kata karakter lelaki kulit putih”, “Lihat lutut saya!” jerit Jin. “Lutut apa macam ini?” balas rakannya. “Chi-nese!” gurau Jin, sambil mengejek suku kata terakhir perkataan itu”

Adegan rasis itu menyebabkan pawagam diseluruh negara menarik balik filem Monster Hunter dari senarai tayangan.


Pada Jumaat yang lalu, suku pawagam di seluruh China menetapkan tayangan Monster Hunter, tetapi pada hari Sabtu, hanya 0.7% pawagam masih menayangkan filem adaptasi permainan video itu. 

Dilaporkan, versi baru filem tanpa adegan tersebut sedang dibuat, tetapi tidak dipastikan sama ada versi yang telah ditapis akan dtayangkan ataupun tidak. 

Monster Hunter diinspirasikan dari permainan video popular keluaran Capcom, dan plot filem berbeza dari versi permainan video. Dalam filem tersebut, Artemis dan pasukan tentera elitnya dibawa ke kawasan yang penuh dengan rasaksa merbahaya. Dia dan unitnya akan bekerjasama dengan pemburu misteri dimana mereka semua cuba untuk menewaskan kesemua raksasa dan keluar dari kawasan tersebut.

Milla Jovovich memainkan peranan sebagai Captain Natalie Artemis dan akan mengunakan Great Sword ‘The Giant Jawblade’ manakala Tony Jaa sebagai The Hunter yang mengunakan busur Great Hunter.

Filem adaptasi permainan video ini diarahkan oleh Paul W.S. Anderson (Mortal Kombat, Resident Evil, Event Horizon). Anderson turut bertindak selaku penerbit bersama-sama Robert Kulzer, Martin Moszkowicz, Jeremy Bolt, dan Dennis Berard.


Related posts

Review Filem: Monster Hunter (2020)

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa ‘Monster Hunter’ Berikan Pandangan Pertama Ron Perlman, Palico & Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer & Poster MONSTER HUNTER Membawa Permainan Video Ke Layar Perak

Kakimuvee

MONSTER HUNTER: Gambar Terbaru Milla Jovovich Sebagai Captain Artemis

Kakimuvee

Klip Terbaru Monster Hunter Pamerkan Diablos & Rathalos

Kakimuvee

Teaser Terbaru Monster Hunter Paparkan Raksasa Black Diablos

Kakimuvee