Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

MONSTER HUNTER Arahan Paul W.S. Anderson Ditunda 7 Bulan

Filem adaptasi permainan video Capcom, Monster Hunter lakonan Milla Jovovich telah ditunda dari September 2020 ke 23 April 2021, lapor The Wrap.

Jovovich akan memainkan peranan sebagai Lieutenant Artemis dan akan mengunakan Great Sword ‘The Giant Jawblade’ manakala Tony Jaa sebagai The Hunter yang mengunakan busur Great Hunter. Dalam poster tersebut, kedua-dua karakter itu berada di kawasan persekitaran yang kelihatan seperti padang pasir.

Monster Hunter diinspirasikan dari permainan video popular keluaran Capcom, dan plotnya dikatakan akan berbeza dari permainan video. Dalam filem tersebut, Artemis dan pasukan tentera elitnya dibawa ke kawasan yang penuh dengan rasaksa merbahaya. Dia dan unitnya akan bekerjasama dengan pemburu misteri (Jaa) dimana mereka semua cuba untuk menewaskan kesemua raksasa dan keluar dari kawasan tersebut.

Filem adaptasi permainan video ini diarahkan oleh Paul W.S. Anderson (Mortal KombatResident EvilEvent Horizon). Anderson turut bertindak selaku penerbit bersama-sama Robert Kulzer, Martin Moszkowicz, Jeremy Bolt, dan Dennis Berard.

Related posts

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

TUDUM: Teaser Extraction 2 Tunjuk Nasib Chris Hemsworth Sebagai Tyler Rake

Kakimuvee

Chris Pratt Bintangi Filem Super Mario Bros.

Kakimuvee

Leave a Comment