Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Asia

Monsta: The Next Chapter – Siri Komik Bulanan BoBoiBoy dan Power Sphera Universe

Monsta telah melancarkan siri komik bulanan terbaharu, Komik BoBoiBoy Galaxy Musim 2. Siri ini akan mengikuti pengembaraan BoBoiBoy selepas kemuncak finale filem BoBoiBoy Movie 2, yang telah berjaya memecah pelbagai rekod filem tempatan. Siri komik ini akan membawa para pembaca mengembara bersama BoBoiBoy dan rakan-rakan untuk mendapatkan kuasa elemental baharu serta berhadapan dengan musuh-musuh baharu yang menggerunkan. Setiap isu Komik BoBoiBoy Galaxy Musim 2 ini akan dihiasi dengan 48 muka surat ilustrasi penuh warna.

Sebagai persiapan bagi menghadapi permintaan tinggi daripada para pembaca dan juga peminat, Komik BoBoiBoy Galaxy Musim 2 akan dipasarkan di pelbagai rangkaian kedai serbaneka, kedai buku, dan platform-platform atas talian bermula 16 Mac 2020. Siri komik bulanan ini juga akan turut dipasarkan di negara-negara Asia Tenggara dalam bentuk fizikal dan digital bagi memenuhi sambutan yang menggalakkan daripada peminat antarabangsa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Abd Razak, siri komik bulanan terbaharu ini menandakan permulaan kepada Power Sphera Universe, sebuah ‘shared universe’ yang akan menggabungkan pelbagai harta intelek daripada Monsta seperti BoBoiBoy, Mechamato, dan adiwira baharu yang akan datang. Monsta turut merancang untuk memperkenalkan lebih banyak harta intelek di masa hadapan yang akan menampilkan watak-watak baharu dengan gaya penceritaan yang unik untuk dijalinkan bersama ke dalam Power Sphera Universe.

Monsta berharap dengan pelancaran Komik BoBoiBoy Galaxy Musim 2 dan juga pengumuman Power Sphera Universe, tahun 2020 ini bakal menjanjikan pelbagai pengalaman yang menarik dan mengujakan buat semua peminat. Nantikan pengumuman terkini daripada Monsta berkaitan dengan Power Sphera Universe tidak lama lagi!

Related posts

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Finale “Hospital Playlist 2” Capai Penilaian Tertinggi Sepanjang Musim

Zulaikha

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

iQiyi’s New Original Chinese-Language Series Rainless Love in a Godless Land Premieres On October 17th

Zulaikha

So Ju Yeon, Jung Yi Seo, & Jo In Bintangi Drama Istimewa KBS

Zulaikha

iQiyi Akan Menayangkan K-Drama Suspen Terbaru Bertajuk “Jirisan”

Kakimuvee

Leave a Comment