Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Monsta Tangguh Pelancaran “Mechamato Movie”

Pandemik COVID-19 turut memberi kesan kepada industri animasi tanah air.

Menerusi perkongsian di media sosial Facebook, CEO Monsta Nizam Razak mendedahkan bahawa mereka terpaksa menunda rilis Mechamato dari tahun ini ke tahun hadapan. Ini termasuklah Mechamato Movie dan siri Mechamato.  

Menurutnya lagi, pandemik COVID-19 telah menganggu perancangan dan produktiviti mereka meskipun menjalankan kerja-kerja dirumah. Malah, keadaan pasaran yang tidak menentu turut menjadi faktor kepada penundaan filem animasi terbaru Monsta itu.

Berikut adalah kenyataan dari Nizam Razak:

Berita sedih untuk peminat. Disebabkan pandemik COVID-19, Monsta terpaksa menundakan rilis Mechamato tahun ini. Produktiviti dan perancangan kami terganggu disebabkan WFH (work from home) dan keadaan market yang tidak menentu.

Sebenarnya kami merancang untuk mengeluarkan Mechamato Movie akhir tahun 2020 ini, dan kemudian disusuli oleh Mechamato Series. Disebab keadaan yang tidak menentu, Mechamato Movie akan dianjak ke 2021 dan kemudian akan disusuli oleh Mechamato Series.

Ada berita gembira untuk peminat BoBoiBoy. Kami sedang dalam perancangan untuk BoBoiBoy baru yang dikenali sebagai B.I.G. Untuk pengetahuan peminat semua, B.I.G. bukanlah BoBoiBoy Galaxy Musim 2. BoBoiBoy Galaxy Musim 2 hanya akan ada dalam bentuk komik buat masa ini.

Kami di Monsta meminta maaf diatas pertukaran perancangan ini. Kami sendiri sudah bersemangat untuk pelancaran Mechamato Movie 2020 tetapi, kami hanya boleh merancang, Tuhan yang menentukan.

Diharap anda semua akan terus berikan sokongan. Tahun 2021 hanya 6 bulan sahaja lagi! Kami akan terus berusaha untuk lakukan yang terbaik!

Jadi kepada peminat animasi Monsta, diharapkan anda bersabar menanti pelancaran animasi terbaru Mechamato.

Facebook post dari Nizam Razak:  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10160151144283438

Related posts

DRAMA ‘SIAPA JAGA MAK’ PAPAR INSPIRASI KISAH BENAR DARI SINGAPURA

Kakimuvee

Viu Original “Keluarga Baha Don” Kembali Lagi Untuk Musim 3

Kakimuvee

DRAMA KAHWIN PAKSA ‘CIK AYU MEE SANGGUL’ TIDAK KLISE

Kakimuvee

Go Shop Menjenamakan Semula CH111 Kepada BAARU Demi Menyasarkan Lebih Ramai Golongan Milenial Di Malaysia

Zulaikha

CLUB MICKEY MOUSE KEMBALI DENGAN MUSIM 4, TAYANGAN EKSKLUSIF DI DISNEY + HOTSTAR BERMULA 28 JULAI

Kakimuvee

DRAMA ‘LOCKDOWN’ PAPAR 8 KISAH RAGAM MASYARAKAT HARUNGI PKP

Kakimuvee

Leave a Comment