Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime Official Trailer Slot Tempatan

Monsta Lancar Trailer Pertama Filem Animasi “MechAmato”!

Studio animasi tempatan Animonsta Studios (Monsta) telah melancarkan trailer rasmi filem animasi terbaru berjudul MechAmato, menampilkan pandangan visual yang cukup menari kepada peminat animasi tempatan. 

Anda boleh saksikannya dipemain video dibawah. 

Filem animasi terbaru ini akan mengikuti pengembaraan seorang budak lelaki bernama Amato yang secara tidak sengaja menjadi penguasa MechaBot, sebuah Power Sphera dengan kekuatan untuk menggerakkan segala jenis objek. Amato dan MechaBot harus belajar untuk bekerjasama dan bergabung dengan wira berperisai, Mechamato untuk mempertahankan kota mereka dari penjahat. 

Ditetapkan di Kota Hilir, sebuah bandar fiksyen yang diilhamkan oleh Bandaraya Melaka, ‘Mechamato Movie’ akan mempamerkan budaya Malaysia yang unik seperti Silat, warisan Peranakan, dan makanan tempatan, serta menggabungkan elemen futuristik seperti robot dan kapal angkasa. Selain Amato dan MechaBot, filem ini akan menampilkan watak-watak seperti Pian, Mara, Deep, dan watak sampingan, Bula dan Bili.

Filem MechAmato sepatutnya ditayangkan pada tahun ini, tetapi ditunda kepada tahun hadapan susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Related posts

Ryan Reynolds Terpaksa Jaga Bini Samuel L. Jackson Dalam Teaser “Hitman’s Wife’s Bodyguard”

Kakimuvee

Trailer “Army of the Dead” Papar Aksi Rompakan Yang Berbeza

Kakimuvee

TRAILER 18 Puasa Di Kampong Pisang: Barkoba Ingin Kongsi Rezeki Bersama Masyarakat

Kakimuvee

NETIZEN TENTUKAN PLOT TWIST ‘MIS TRES HERMANAS’ MALAYSIA

Zulaikha

Bell Ngasri & Rakan-Rakan ‘Kantoi’ Puasa Dalam Teaser “18 Puasa Di Kampong Pisang”

Kakimuvee

SELEBRITI POPULAR KONGSI HOBI & KOLEKSI KENDERAAN PERIBADI DALAM PROGRAM AUTOMOTIF ‘RODA PANAS’ DI SALURAN NAURA

Isqandar