Berita

Money Heist Kembali Untuk Musim Ke-5 Di Netflix

Views

Siri drama jenayah popular Netflix Sepanyol,  La Casa de Papel atau juga dikenali sebagai Money Heist, akan kembali ke platform streaming untuk musim kelima tidak lama lagi, lapor The Hollywood Reporter.

Money Heist atau La Casa de Papel berkisar tentang lapan pencuri yang mengambil tebusan dan mengurung di mereka di Royal Mint of Spain serta menjadi dalang jenayah memanipulasi polis untuk melaksanakan rancangan mereka. Bahagian keempat menyaksikan perancangan Profesor mula terbongkar, dan krew mesti menangkis musuh dari dalam dan luar Bank of Spain.

Produksi untuk musim akan datang telahpun bermula di Sepanyol, Portugal dan Denmark pada Isnin yang lalu, dan menyaksikan Miguel Angel Silvestre (Sense8) dan Patrick Criado menyertai barisan pelakon asal.

“Kami menghabiskan masa hampir setahun memikirkan bagaimana memecahkan kumpulan. Bagaimana menewaskan Profesor. Bagaimana masuk ke situasi yang tidak dapat dipulihkan oleh banyak watak. Hasilnya, bahagian kelima La Casa de Papel” – ujar pencipta siri dan penerbita eksekutif Alex Pina.

BACA:  Zack Snyder Dedah Sut Hitam Superman Dalam Klip Terbaru JUSTICE LEAGUE

Siri ini dibintangi oleh Álvaro Morte sebagai The Professor, Úrsula Corberó sebagai Tokyo, Itziar Ituño sebagai Lisbon, Pedro Alonso sebagai Berlin, Alba Flores sebagai Nairobi, Miguel Herrán sebagai Rio, Jaime Lorente sebagai Denver, Esther Acebo sebagai Stockholm, Darko Perić sebagai Helsinki, dan Paco Tous sebagai Moscow.

Money Heist dicipta oleh Alex Pina, yang juga menjadi penerbit eksekutif bersama-sama Sonia Martinez, Jese Colmenar, Esther Martinez Lobato dan Nacho Manubens. Pada 2018, siri ini menjadi siri bukan berbahasa Inggeris yang mendapat tontonan tertinggi, dan menjadi salah satu siri Netflix yang paling banyak ditonton.

Musim kelima Money Heist akan mengandungi 10 episod.

Tinggalkan Balasan

shares