Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Modul Baru Finas Tentukan Filem Yang Layak Masuk Pawagam


Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) bakal menghasilkan satu garis panduan baru yang akan menentukkan filem tempatan yang layak untuk masuk ke panggung wayang.

Menerusi modul Skim Wajib Tayang yang baru, ia bertujuan untuk mengatasi isu filem yang tidak laku.

Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham menjelaskan kepada pemberita yang modul baru itu sedang diteliti di peringkat pegawai undang-undang.

Beliau juga mengambil contoh yang sering digunakan di Hollywood dalam menentukan filem yang layak ditayangkan dipawagam.

“Isu filem tidak laku ini terjadi kerana kita tidak ada garis panduan filem yang macam mana boleh masuk panggung.”

“Di Hollywood, tak semua filem boleh masuk panggung, tetapi di Malaysia, semua filem boleh masuk panggung.”

Menurutnya lagi, modul baru itu akan diumumkan kepada awam tidak lama lagi.

Sumber: Berita Harian

Related posts

Jon Watts Ibaratkan ‘Spider-Man: No Way Home’ Seperti ‘Endgame’

Kakimuvee

[VIDEO] Aksi Pertama Ribut Dalam Siri ‘Ultraman Trigger: New Generation Tiga’

Kakimuvee

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Pengarah Mamat Khalid Meninggal Dunia

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Leave a Comment