Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Model Konsep THE BATMAN Memberikan Pandangan Lebih Terperinci Batmobile

Pada awal Mac yang lalu, pengarah Matt Reeves telah mendedahkan kenderaan Batmobile untuk filem The Batman lakonan Robert Pattinson.

Walaupun gambar-gambar yang dikongsikan itu bersuasana malam, peminat masih dapat melihat dengan jelas kenderaan yang akan digunakan adiwira Gotham dalam filem akan datang.

Menerusi beberapa gambar terbaru yang dikongsikan pembuat model konsep, Jeff Frost, peminat dapat melihat gambaran yang lebih terang dan lebih terperinci pada keseuruhan reka bentuk kenderaan Batmobile. Anda boleh saksikan gambar-gambar tersebut dibawah.

The Batman dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál

Setakat ini, plot filem masih lagi belum didedahkan, tetapi menurut sumber, The Batman akan meneroka tahun-tahun awal Bruce Wayne sebagai Batman.

The Batman akan menemui penonton pada Oktober 2021

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment