BeritaSlot Tempatan

Mitos Raja Bersiong Inspirasi Daven R Untuk Hasilkan Filem “KL Vampires”.

Views

 

Tahun ini industri filem tempatan meriah dengan filem-filem seram yang melibatkan pekara mistik seperti hantu dan ilmu hitam, salah satunya adalah filem seram fiksyen berjudul KL Vampires.

Filem yang berlatarbelakangkan kota Kuala Lumpur itu berkisarkan tentang dua kumpulan ‘vampire’ yang merupakan keturunan kepada Raja Bersiong. Mesti peminat berasa hairan kenapa perlu menghasilkan sebuah filem bertemakan ‘Vampire’ di kota Kuala Lumpur bukan?

Idea filem KL Vampires bermula apabilanya pengarah, Daven R membaca tulisan seorang blogger iaitu Nazri Vovinski mengenai vampires selain minat yang mendalam filem-filem fiksyen. Dia kemudiannya turut melakukan penyelidikan sehingga terbaca mitos mengenai Raja Bersiong yang mana ia telah mencetuskan idea untuknya mencipta sebuah ‘universe’ vampires di Malaysia.

“Dalam tulisannya itu, dia mengatakan tentang kewujudan vampires di Malaysia dan tulisannya itu agak melucukan. Kemudian saya bermimpi pula tentang adanya seorang vampire jahat yang ingin menguasai dunia dan mulai saat itu saya bertekad untuk menghasilkan sebuah filem vampires,” 

Menurut pengarah itu lagi, bukan mudah merealisasikan filem tersebut kerana sukar mendapatkan dana daripada pelabur.

BACA:  Review Filem: Ma (2019)

Filem yang menjalani penggambaran kira-kira tiga tahun lalu iaitu pada tahun 2016 dibintangi oleh barisan pelakon hebat tanah air dan Indonesia.

Antara pelakon yang terlibat adalah Raja Ilya, Pablo Amerul, Josiah Hogan, Aeril Zafrel, Reen Rahim, Wan Hanafi Su dan ramai lagi. Manakala pelakon dari Indonesia terdiri daripada pelakon aksi popular iaitu Donny Alamsyah dan Cecep Arif Rahman.

KL Vampires bakal menemui penonton di seluruh negara bermula 14 November ini.

Sumber: Cinema Online

shares