Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Misteri Pengkalan Crait Terjawab Dalam Komik Star Wars: The Last Jedi – Storms of Crait #1

Filem Star Wars: The Last Jedi yang ditelah ditayangkan beberapa minggu yang lalu telah meninggalkan banyak persoalan dikalangan peminat-peminat filem Star Wars. Antaranya sebuah pengkalan lama yang terletak di Planet Crait. Dalam filem kelapan itu, semasa tentera Resistance melarikan diri ke sebuah planet, General Leia Organa telah mendedahkan mereka akan menuju ke sebuah pengkalan lama yang pernah digunakan oleh Rebellion semasa menentang Empire.

Bagi yang benar-benar mengikuti siri Star Wars, ia pasti menimbulkan persoalan kerana pengkalan yang terletak di Planet Crait itu tidak begitu didedahkan dalam mana-mana siri canon Star Wars dan mereka pasti bingung kenapa dan bilakah Rebellion meninggalkan pengkalan tersebut. Bagaimanapun, segala persoalan itu terjawab apabila Marvel Comics melancarkan komik Star Wars terbaru yang berjudul Star Wars: The Last Jedi– Storms of Crait #1

AMARAN! MENGANDUNGI SPOILER UNTUK KOMIK STAR WARS: THE LAST JEDI – STORMS OF CRAIT #1

Komik Star wars: The Last Jedi – Storms of Crait #1 ini adalah flashback dalam siri The Last Jedi dimana ia membawa pembaca untuk mengentahui sejarah pengkalan tersebut sebelum menjadi tempat pertempuran diantara pihak Resistance dan First Order. Timeline komik ini diantara filem Star Wars Episode IV: A New Hope dan Star Wars Episode V: Empire Strike Back. Dalam siri ini, pembaca akan dapat mengentahui kenapa Pengkalan Crait diwujudkan dan sebab pihak Rebellion meninggalkan pengkalan ini.

Planet Crait pertama kali diperkenalkan dalam novel Leia: Princess of Alderaan yang ditulis oleh Claudia Gray. Bail Organa, bapa kepada Princess Leia merupakan individu yang bertanggungjawab membina pengkalan rahsia Rebellion di planet mineral tersebut. Pengkalan tersebut telah menjadi pusat operasi pihak rebellion sebelum mereka meninggalkan tempat itu dan kemudiannya dijaga oleh rakan lama Bail Organa iaitu Trusk Berinato. Trusk kemudiannya telah mengubah pengkalan tersebut menjadi sebuah tapak perlombongan.

Dalam komik Storm of Crait, Han, Luke, Leia dan Wedge Antilles telah menjalankan misi rahsia iaitu mencari sebuah pengkalan lama yang terletak di Planet Crait. Leia dan rakan-rakannya itu akhir telah menjumpai pengkalan tersebut dan berjumpa dengan Trusk. Pada waktu itu, Trusk telah berkhidmat dengan Empire dan perjumpaan Leia dan Trusk tidak menjadi seperti yang dirancang apabila sepasukan Stormtroopers telah sedia menanti kumpulan kecil pihak rebellion yang diketuai oleh Princess Leia.

Pertempuran diantara pihak Empire dan Rebellion berlaku sehingga menyebabkan Leia dan rakan-rakannya melarikan diri, meninggalkan sekali lagi pengkalan yang pernah menjadi milik mereka suatu masa dahulu.

Dengan terbitnya komik terbaru Star Wars ini, anda dapat mengentahui apakah yang sebenarnya terjadi pada pengkalan Rebellion di Planet Crait, lokasi yang menjadi tempat pertempuran diantara First Order dan Resistance. Jika anda mahu membaca komik ini, anda boleh dapatkan isu pertama dilaman web Marvel Comics.

Related posts

Trailer Penuh “Hitman’s Wife’s Bodyguard” Pasti Buatkan Korang Terhibur

Kakimuvee

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee