
Pengarah: Christopher McQuarrie
Pelakon: Tom Cruise, Jeremy Renner, Simon Pegg, Rebecca Ferguson, Ving Rhames, Sean Harris, Alec Baldwin, Simon McBurney, Zhang Jingchu, Jens Hultén dan Tom Hollander.
Penulis Skrip: Drew Pearce, Laeta Kalogridis, Will Staples,Patrick Lussier, Dylan Kussman
Syarikat Produksi: Bad Robot Productions, Skydance Productions, TC Productions
Pengedar: Paramount Pictures
Tayangan : 30 Julai 2015
Setelah beraksi filem Mission Impossible – The Ghost Protocol yang ditayangkan pada tahun 2011, kini Ethan Hunt kembali dalam misi memburu sekumpulan penganas antarabangsa yang dikenali sebagai Syndicate. Kumpulan pengganas ini dianggotai oleh bekas – bekas agent – agent perisik dari seluruh dunia dan mempunyai kehandalan seperti agensi perisikan IMF.
Filem arahan Christopher McQuarrie dan dibintangi oleh Tom Cruise ini telah berjaya menduduki carta teratas Box Office Mojo sejak ditayangkan pada 30 Julai yang lalu. Chemistry diantara pengarah Christopher McQuarrie dan Tom Cruise ini sentiasa berjaya. Untuk informasi, mereka berdua telah banyak kali bekerjasama dalam projek pembikinan filem antaranya Valkyrie,Jack Reacher dan Edge of Tomorrow.
Apa yang menariknya tentang filem ini, hampir kesemua babak lagak ngeri dilakonkan oleh aktor berusia 52 tahun ini tanpa memerlukan khidmat pelakon lagak ngeri, malah aksi semasa beliau tersangkut pada pintu kapal terbang juga dilakukan sendiri tanpa menggunakan teknik CGI. Inilah kualiti yang terdapat pada Tom Cruise.

Sejak ditayangkan, filem ini mendapat respon positif samada dari para pengkritik filem dan juga penonton. Menurut laman web filem, iMDb, filem ini mendapat rating sebanyak 8/10 bintang dari penonton manakala lawan web rottentomatoes.com, 92% peminat meminati filem sequel Mission Impossible ini.
Filem ini berbudget sebanyak AS$150 juta (RM575 juta), proses pengambaran bermula pada Ogos 2014 di pelbagai lokasi menarik seperti Austria, Maghribi, London dan Monaco.
Filem aksi berdurasi 131 minit ini turut dibarisi pelakon hebat dari filem-filem terdahulu selain menampilkan Sean Harris sebagai watak antagonis Solomon Lane dengan penampilan Alec Baldwin yang melakonkan watak pengarah CIA, Alan Hunley.
Kisah filem ini bermula apabila organisasi penyiasatan IMF dibubarkan . Ethan Hunt (dilakonkan oleh Tom Cruise) secara berseorangan perlu berdepan ancaman sebuah kumpulan yang dianggotai rangkaian agen khas berkemahiran tinggi, dipanggil Syndicate.
Syndicate menyasarkan barisan penyiasat ‘new world order’ menerusi pelbagai siri serangan keganasan di seluruh dunia.
Disebabkan tidak mampu untuk menangani kumpulan penganas yang berkemahiran tinggin, Ethan mengumpulkan semula pasukannya Benji Dunn (Simon Pegg), Luther Stickell (Ving Rhames) dan William Brandt (Jeremy Renner) bersama-sama seorang bekas ejen British, Ilsa Faust (Rebecca Ferguson) bagi menghalang sekaligus menumpaskan Syndicate.
Walaupun banyak filem – filem bergenre aksi perisikan di pawagam, filem Mission Impossible ini berada dalam kelasnya tersendiri, tidak terlalu berat dan penuh dengan aksi, terutamanya dalam melakukan misi mustahil mereka.
Oh ya! sekirannya anda memberi tumpuan tentang jalan cerita filem ini, anda akan perasan tragedi MH370 turut disebut dalam teori konspirasi Ethan Hunt.