Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mission: Impossible – Fallout Catat Rekod Francais, Raih $153 Juta Dolar Seluruh Dunia


Filem terbaru lakonan Tom Cruise, Mission: Impossible – Fallout mencipta rekod francais apabila berjaya meraih $153 juta dolar seluruh dunia pada minggu pertama tayangan filem tersebut. Kutipan itu mengatasi rekod kutipan filem Mission: Impossible – Rogue Nation yang meraih $135 juta dolar pada minggu yang sama pada tahun 2015.

Untuk pasaran domestik Amerika Syarikat, filem arahan Christopher McQuarrie meraih $61.5 juta dolar manakala untuk pasaran antarabangsa ia mencatat kutipan sebanyak $92 juta dolar. Jika prestasi baik ini berterusan, dijangka Fallout akan menjadi filem paling laris dalam francais Mission: Impossible.

Mission: Impossible – Fallout turut dibintangi Alec Baldwin, Simon Pegg, Ving Rhames, Rebecca Ferguson, Michelle Monaghan, Henry Cavill, Angela Bassett, serta Vanessa Kirby dan kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee