Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mission: Impossible 7 – Simon Pegg Terima Misi Mustahil!

Walaupun belum diumumkan Paramount dan pengarah Christopher McQuarrie, pelakon British Simon Pegg mendedahkan bahawa dia bakal menyertai satu lagi misi dalam filem Mission: Impossible 7 tahun hadapan. Dia mendedahkan pekara tersebut ketika ditemubual dalam program TV Kanada, Our City Tonight. 

Pegg sedang dalam rangka promosi filem Lost Transmissions ketika mengumumkan penglibatannya dalam filem aksi – anda boleh saksikan video temubual dibawah. Pada minit ke-11, Pegg berkata bahawa “dia akan terlibat dalam satu lagi filem Mission: Impossible bermula tahun hadapan” sebelum menukar ke subjek lain.


Menurut sumber, video temubual itu dirakam pada tahun lalu, dan ayat “tahun hadapan” merujuk kepada tahun ini, iaitu filem M:I 7. 

Kejayaan dua filem terakhir Mission: Impossible menyaksikan, pengarah Christopher McQuarrie sekali lagi diberi kepercayaan oleh Paramount Pictures untuk menulis dan mengarahkan dua lagi filem Mission: Impossible akan datang.

Francais Mission: Impossible kini sudah berusia 25 tahun dan sudah memiliki 6 buah filem. Filem terbaru Fallout telah menerima maklumbalas yang cukup positif dari para pengkritik dan peminat, serta berjaya meraih $790 juta dolar seluruh dunia.

Tom Cruise Rebecca Ferguson serta Ving Rhames akan meneruskan watak masing-masing. Mereka akan disertai pendatang baru francais iaitu Heyley Atwell dan Shea Whigham.

Mission: Impossible 7 akan menemui penonton pada 23 Julai 2021, manakala Mission: Impossible 8 pada 5 Ogos 2022.

Related posts

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Trailer “Baymax!” Tetapkan Debut Spin-Off “Big Hero 6” Di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Bos Sony Pictures Beri Perkembangan Terbaru Tentang “Spider-Man 4”

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Leave a Comment