Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mission Impossible 6 Telah Memulakan Pengambaran, Filem Kali Ini Lebih Berbeza


Mission Impossible 5 – Rouge Nation

Pengarah filem Mission Impossible 6, Christopher McQuarrie telah mengumumkan pengambaran filem terbaru franchise Mission Impossible telah pun bermula secara rasmi. Beliau mengumumkan berita tersebut dilaman Twitter beliau baru-baru ini.

https://twitter.com/chrismcquarrie/status/850609798144036864

Filem sekuel terbaru dari Paramount Pictures dan Skydance ini akan menampilkan muka lama seperti Tom Cruse sebagai Ethan Hunt bersama-sama Rebecca Ferguson, Simon Pegg dan pelakon yang dikatakan tidak akan kembali dalam filem ini, Jeremy Renner. Selain itu juga, Vanessa Kirby (The Crown dan Everest) dan pelakon filem Man of Steel, Henry Cavill akan turut membintangi filem ini tetapi watak mereka tidak lagi didedahkan kepada peminat.

McQuarrie yang sebelum ini menerajui film Mission Impossible 5 – Rogue Nation juga turut menjadi penulis untuk filem sekuel ini. Beliau telah menerajui franchise filem ini beberapa kali termasuklah pengarah filem pertama, Brian De Palma, diikuti pengarah John Woo, J.J, Abrams dan Brad Bird.

Pengarah tersebut juga mendedahkan dalam temuramahnya di laman Empire yang filem kali ini tampak berbeza dari 5 filem sebelum ini. Filem terbaru kali ini dikatakan bakal menunjukan kisah peribadi Ethan yang dikatakan agak emosional dan menunjukan karakter Ethan dengan lebih mendalam

Mission Impossible 6 telah memulakan pengambaran pada 10 April 2017 dan akan menemui penonton pada 27 Julai 2018


 


Related posts

Tarikh Tayangan Mission: Impossible 8 Dianjak Hampir Setahun

Kakimuvee

Review Filem: Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One (2023)

Kakimuvee

Tom Cruise Masih Mengerjakan Filem Angkasa Lepasnya

Kakimuvee

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One Meletup Di Pawagam, Kutip AS$235 Juta Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One Dapat Skor Hampir Sempurna Di Rotten Tomatoes

Kakimuvee

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee