Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Missing: The Other Side” Bermula Baik, “Alice” Terus Catat Peningkatan


Drama terbaru OCN, Missing: The Other Side bermula baik.

Dibarisi pelakon bintang seperti Go Soo, Heo Joon Ho, Ahn So Hee, Ha Joon, dan ramai lagi, drama Missing: The Other Side telah memulakan episod pertamanya pada 29 Ogos yang lalu, dan mencatatkan rating sebanyak 1.7 peratus, lebih tinggi dari yang dicatatkan drama sebelumnya, Train (purata rating 1.4 peratus).

Missing: The Other Side adalah drama fantasi misteri yang ditetapkan sebuah kampung yang dihuni oleh jiwa orang-orang yang hilang ketika mereka masih hidup. Di sana, terdapat sekumpulan orang mencari mayat yang hilang dan berusaha untuk mengetahui apa yang berlaku kepada setiap mereka.

Sementara itu, drama sains fiksyen thriller Alice lakonan Joo Won dan Kim Hee Sun mencatatkan peningkatan penonton pada episod kedua dengan purata rating sebanyak 6.4 peratus dan 9.2 peratus untuk dua bahagiannya. 

Drama popular hari minggu KBS 2TV, Once Again mencatatkan purata rating 30.2 peratus dan 35.5 peratus, sekaligus memecahkan rekod peribadi untuk rating Sabtu tertinggi setakat ini.


Akhir sekali, drama tvN Forest of secrets 2 mencatatkan purata rating sebanyak 6.0 peratus, manakala drama JTBC, Graceful Friends sebanyak 4.9 peratus.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee