Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Misi Yang Akan Mengubah Segalanya Dalam Trailer Terbaru “No Time To Die”

Trailer terbaru No Time to Die arahan Cary Joji Fukunaga telahpun dilancarkan, memberikan penonton rakaman terbaru yang menyoroti urutan aksi yang  mendebarkan, dan watak-watak baru termasuklah Ana De Armas, Lashana Lynch dan Rami Malek.

Menampilkan Daniel Craig dalam pertunjukan terakhirnya sebagai Ejen 007, No Time to Die akan ditayangkan dipawagam tempatan pada 12 November ini. Anda boleh saksikan trailer di pemain video dibawah.

No Time to Die berkisarkan tentang James Bond yang menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas bersara dari dunia pengintipan. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik. Ia sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu merbahaya.

Daniel Craig kembali memainkan peranan utama sebagai James Bond bersama-sama beberapa pelakon dari filem sebelumnya iaitu, Ralph Fiennes, Naomie Harris, Ben Whishaw, Rory Kinnear dan Jeffrey Wright.

Turut membintangi filem ini adalah Dali Benssalah, Billy Magnussen, Ana De Arma, David Dencik, Lashana Lynch, dan Rami Malek yang akan memainkan watak penjahat, serta Christopher Waltz yang kembali meneruskan peranannya sebagai Ernst Stavro Blofeld.

No Time to Die diarahkan oleh Cary Joji Fukunaga berdasarkan skrip yang ditulis oleh Neal Purvis, Robert Wade, Scott Z. Burns dan Fukunaga sendiri

Related posts

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

‘Dendam Telah Tiba’ Dalam TV Spot Terbaru “The Batman”

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Debut Treler Baharu Untuk Siri Marvel Studios “Moon Knight”

Kakimuvee

Netflix Umum Tajuk Adaptasi Korea Money Heist, Tonton Teaser Pertama Disini

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser “Moon Knight” Papar Pandangan Terbaru Oscar Isaac

Kakimuvee

Sekolah Diserang Zombi Dalam Trailer Rasmi All of Us Are Dead”

Kakimuvee

Siri Epik Sci-Fi “Raised by Wolves” Kembali Untuk Musim Ke-2 Pada 3 Februari Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

Pasangan Romantik Nam Joo-hyuk & Kim Tae-ri Dalam Siri Terbaru Netflix “Twenty Five Twenty One”, Akan Ditayangkan 12 Februari Ini

Zulaikha

Makhluk Halus Kembali Menganggu Dalam Trailer “Makmum 2”

Kakimuvee