Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Misi ‘Road To Oscars’, FINAS Jalin Kerjasama Dengan 4 Negara Untuk Promosi Filem Tempatan

Sumber gambar: Cilisos.my

Bagi memastikan misi ‘Road To Oscars’ tercapai, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah menjalin kerjasama dengan empat buah negara iaitu China, Rusia, India dan Indonesia sebagai langkah awal untuk mempromosikan filem tempatan ke peringkat antarabangsa.

Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi FINAS iaitu Zakaria Abdul Hamid yang mana kerjasama itu dijalin menerusi keduataan negara tersebut.

“Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah yang pernah memegang jawatan Menteri Luar memberitahu, setiap kedutaan asing memiliki unit budaya. Tugas unit budaya membantu mempromosikan filem.

“Justeru FINAS akan menjalinkan kerjasama dengan unit berkenaan supaya misi memasarkan filem di luar negara tercapai. Sebelum ini, memang ada syarikat produksi tempatan yang memasarkan filem ke peringkat antarabangsa atau menghantar penyertaan ke festival, tetapi ia dibuat secara persendirian. Usaha ini dilihat agak kurang berkesan jika dibandingkan dengan usaha yang turut dibantu kerajaan,” 

Menurut Pengerusi FINAS itu lagi, pemilihan empat negara itu adalah berdasarkan reputasi yang ditunjukkan selain mereka mempunyai jumlah penonton yang ramai. Sebagai permulaan FINAS akan membawa satu filem kenegaraan yang boleh memperkenalkan identiti Malaysia di mata dunia sebelum beralih kepada filem komersial.

Berikutan itu, bermula 15 Oktober ini FINAS akan membuka permohonan dana filem kenegaraan bagi pembikin filem yang berhasarat menghasilkan filem berdasarkan sejarah tanah air. Sementara itu, Zakaria berkata pihak FINAS akan membuat pemilihan filem yang sesuai untuk dibawa ke luar negara bermula tahun hadapan.

Sumber: Cinema Online

Related posts

VIVO Melancarkan ‘Shout it Out’, Filem Pendek Terinspirasi Berdasarkan Kisah Benar Seorang Atlet Para Yang Tekad

Kakimuvee

Kehadiran Elizad Sharifuddin & Iqram Dinzly Suntik Kelainan Dalam Drama “Hati Yang Dikhianati”

Zulaikha

WeTV Malaysia Mempersembahkan Siri Original Pertamanya, VILLA KRISTAL

Zulaikha

Filem Terbaru Adrian Teh “The Assistant” Akan Ditayangkan Mac Ini, Saksikan Trailer & Poster Rasmi Pertama Disini

Kakimuvee

Gandingan Mantap Shukri Yahaya, Janna Nick & Khai Bahar Dalam Drama Terbaru “Shakira”

Kakimuvee

‘Saat Kau Takluk Cinta Ini’ Akan Mengisi Slot Samarinda Bermula 20 Disember 2021

Zulaikha

Leave a Comment